Kengkawan..TQ Love..

Sunday 30 March 2014

Yayyy dapat phone baru...

Thank you en suami sebab hadiahkan tab...xsangka jd surirumah ni byk dpt hadiah...lg best keje utk suami dan anak2 drpd keje utk org lain..keke...anyway dear hubby i'm really appreciate it..love it and love8888 you ^_^^_^^_^...now i can tick my wishlist...sian haha

Saturday 22 March 2014

Pentingnya minum susu sebelum tidur dan selepas bangun tidur

Badan kita memerlukan nutrien yang diperlukan agar dapat berfungsi dengan baik dan teratur. Selain mengambil supplemen tambahan dan makanan seimbang, seseorang itu juga dapat menjaga kesihatan tubuh dengan meminum susu. Kandungan vitamin yang ada pada susu adalah baik untuk pembentukan sel darah merah, membina tulang yang kuat, membantu melentur otot, meningkatkan sistem saraf, membantu proses tumbesaran dan penyembuhan, meningkatkan sistem imun dan memberi kesihatan kulit.

Antara kebaikan lain yang diperoleh daripada susu seperti berikut.

· Meminum susu melindungi dari kerosakan gigi dan masalah kaviti.
· Lemak susu tidak memberi apa-apa kesan kepada kegemukan sebaliknya terbukti bahawa mereka yang kerap minum susu menjadikan badan lebih langsing daripada mereka yang tidak mengambilnya. Susu memberikan kita banyak vitamin dan mineral untuk memastikan sentiasa sihat dan cergas.
· Susu adalah anti-asid yang sangat baik. Minum segelas susu apabila mengalami pedih ulu hati boleh menenangkan paip makanan dari keradangan. Minum susu tetap akan mencegah ulser perut dan masalah perut yang lain.
· Minum banyak susu dapat menghasilkan kekuatan pada tulang, gigi, kuku dan rambut kerana ia sarat dengan kalsium yang membantu badan menjadi kuat dan fleksibel.
· Susu boleh menjadi pembuka baik perut terutama jika lewat makan. Meminum susu juga boleh bertindak sebagai perangsang yang awal.
· Meminum segelas susu panas sebelum tidur dapat menenangkan saraf dan melonggarkan otot-otot tegang supaya dapat memberi tidur yang lebih cepat. Cara ini dapat membantu selepas seharian penat bekerja.
· Minum susu boleh menyejukkan badan dan mengekalkan tahap air atau cecair dalam badan kita. Penggunaan susu selepas latihan berat badan boleh mengisi sistem dengan cecair badan yang hilang semasa senaman
· Secara drastik susu juga dapat mengurangkan gejala PMS (Pre-Menstrual Syndrome) kerana ia merupakan pelega atau penenang tekanan yang hebat dan juga meningkatkan tahap tenaga di dalam tubuh.

Nota kaki: sib baik aku tak lupa utk minum susu 2 kali sehari..:-P

Friday 7 March 2014

Punca Anak Suka Mengamuk..







Oleh:Nurul Asiah Fasehah Muhammad (MW)
Diari kehidupan manusia sehari-hari penuh dengan aktiviti. Pelbagai perkara perlu diselesaikan sehingga kadang-kadang masa untuk diri sendiri pun dilupakan begitu sahaja.

Perkara sebegini jika berlaku ketika kita masih bujang dan tiada komitmen masih boleh dimaafkan namun jika sudah bergelar ibu dan bapa, masa bukan lagi hak peribadi yang boleh disusun mengikut kehendak sendiri namun masa kini milik bersama. Justeru, perlu bijak mengatur masa agar hak insan tersayang tidak kita abaikan begitu sahaja.

Mungkin sekarang sewaktu anak masih kecil dia tidak pandai memberi komen lantas ibu bapa tidak rasa ia menjadi masalah namun perhatikan sejenak anak-anak kita. Apa yang terbuku di minda dan hatinya? Adakah dia benar-benar merelakan atau ada sesuatu yang lompang dan perlu diisi segera.

Lampu kecemasannya ialah apabila anak mula tunjukkan perangai, mudah merajuk dan kerap mengamuk. Alahai anak kasihan dirimu.

Manusia itu wujud melalui dua juzuk penting iaitu fizikal dan roh, barulah boleh dipanggil sesuatu ciptaan Allah itu sebagai manusia. Daripada dua buah komponen ini, roh adalah perkara terbesar yang wujud dalam diri manusia merangkumi hati, nurani dan emosi. Namun kita sering mengukur kepuasan anak dari sudut fizikal tanpa mengambil kira keperluan rohnya. Jadi di sini sahaja telah nampak ketempangan yang jelas.

Justeru, sebagai ibu bapa yang prihatin, keperluan rohani anak perlu lebih diambil perhatian. Selain bertanya adakah anak sudah kenyang soalan lain yang perlu kita fikirkan adalah adakah anak kita sudah puas dari segi emosi dan rohaninya.

Inginkan belaian

Daripada 24 jam masa yang diperuntukkan Allah untuk kita seharian pilihlah waktu yang benar-benar berkualiti untuk diri si permata hati. Ajarkannya cara menjadi hamba Allah yang soleh dan berikannya kasih sayang yang melimpah ruah.

Caranya mungkin dengan meluangkan masa bercerita untuknya sebelum tidur, kisah para Anbia’ atau para solihin yang menanamkan roh Islam dalam diri anak lalu menyuburkan fitrah yang wujud dalam dirinya.

Luangkan masa kita bercerita dengan penuh emosi dan menumpukan sepenuh perhatian hanya pada dirinya sudah cukup untuk anak rasakan mama, ayahnya sedang mencurahkan sepenuh kasih sayang buat dirinya.

Sebelum tidur sama-sama memasang azam, kita adalah insan soleh, hamba Allah yang soleh dan sangat idamkan syurga Allah. Tutuplah perbincangan anak beranak ini dengan doa tidur. Pasti anak akan merasa kepuasan dengan penutupan hari yang amat bermakna.

Fasa pertama kehidupan anak-anak perlu disarati dengan rasa kasih sayang yang ditujukan khas buat dirinya. Kasih sayang ini perlu ditonjolkan dengan ucapan dan tindakan kita. Bukan sahaja pelukan dan ciuman malah masa yang diluangkan bersama dengan penuh gelak tawa juga adalah rasa sayang buatnya.

Jika keperluan emosi ini tidak dapat dipenuhi maka fitrah kanak-kanak yang periang dan manja penuh dengan perasaan positif akan malap dan emosi negatifnya akan ditimbulkan demi menagih perhatian ibu bapanya.

Anak-anak yang mudah merajuk, kuat mengamuk ini sebenarnya sedang berbicara dengan ibu dan ayahnya bahawa dia inginkan belaian dan masa bersama.

Jadi dapatkanlah dia, peluk dan ucapkan rasa sayang yang amat sangat pada dirinya.  Biarkan sebentar pelukan itu pasti anak akan lebih tenang.

Apa yang perlu kita sedar, inilah tanggungjawab dan amanah yang perlu kita benar-benar lunaskan untuk menjawab soalan daripada Allah di Hari Pengadilan kelak.

Buatlah semuanya dengan sepenuh hati dan keikhlasan pasti rasa ringan dan seronok menjalankan tugasan yang diberikan Allah. Moga kita semua menjadi ibu bapa yang penuh tanggungjawab dan tidak pernah mengalah dalam mendidik, insya-Allah.

Thursday 6 March 2014

Silap Ibu Bapa Jika Anak Nakal??


Setiap ibu bapa di dunia ini semuanya ingin melihat anak-anak yang dijaga bagaikan minyak yang penuh menjadi orang yang baik peribadinya, dan mampu mengutus doa setelah ibu ayah dipanggil Allah ke alam barzakh kelak.

Alangkah senangnya hati ibu dan ayah jika anak-anak ini sering menjadi sebutan kerana kebaikan dan sudah pasti kegembiraan bagai direntap dari hati mereka jika anak-anak tadi menjadi pemenang di medan kejahatan.

Wahai ibu, wahai ayah ketahui dan sedarilah bahawa setiap tingkah laku yang anak-anak pamerkan ini ada kesannya daripada tingkah laku yang kita sendiri tonjolkan tanpa sedar ataupun tidak, sedikit ataupun banyak.

Jadi di sini, mari kita sama-sama bermuhasabah dan lihat ke dalam diri, di mana silapnya kita dalam mendidik sebelum kesilapan kita ini merangkak masuk ke dalam kehidupan anak-anak dan mula membentuk peribadinya.

Pendidikan adalah satu proses di mana ia bermula daripada pemikiran dan kepercayaan yang terbentuk dalam minda seterusnya menjadi sikap dan menghasilkan perlakuan atau perbuatan.

Pemikiran inilah yang anak-anak kita sedang bina sekarang di mana ketika usia mereka masih lagi pada fasa pertama kehidupannya. Pada waktu ini persekitaran membentuk pemikiran. Manakala persekitaran yang paling hampir dan sentiasa berada dalam ruang lingkup kehidupan mereka adalah kita, ibu dan ayahnya. Jadi, setiap perbuatan dan percakapan yang ditonton saban hari itulah yang akan dilihat dan diproses dalam mindanya.

Jika perkara yang sama dilihat secara kerap maka perkara tadi dengan mudahnya diserap ke dalam minda bawah sedarnya. Di sinilah satu program untuk sesuatu perbuatan itu dibina dan menunggu untuk dilancarkan. Bagaimana? Contohnya, jika anak selalu melihat ibu bersalaman dengan ayah sebelum pergi bekerja, minda bawah sedarnya akan merakam perbuatan tersebut dan program akan dibina.

Apabila tiba situasi yang sama contohnya ayah pergi bekerja, minda anak akan melancarkan program tersebut dan secara semula jadinya mengarahkan anggota badannya untuk bertindak bersalaman dengan ayah. Ini satu contoh daripada pelbagai program yang sekarang ini mungkin telah banyak berada dalam minda anak-anak kita dan membentuk tindakan dan percakapannya.

Jadi, perkara pertama yang perlu dipastikan ialah, perbuatan dan percakapan yang kita tunjukkan saban hari kepada anak. Adakah terdapat perbuatan yang tidak sepatutnya dilakukan atau percakapan yang tidak sedap didengar yang pernah diungkapkan sehingga mungkin telah pun menjadi program di minda anak. Jika ada, kita perlu berterus terang dengan anak tentang kondisi perbuatan dan percakapan tersebut. Apakah statusnya? Baik atau tidak, elok atau tidak?

Perbetulkan semula program mindanya untuk mengambil hanya yang baik dan membuang apa sahaja yang tidak baik. Bagaimana untuk mengesan, dalam keadaan ini, perbuatan yang anak tonjolkan menjadi penunjuk kepada kesilapan kita. Jika anak kerap kali menyebut perkataan yang tidak elok, perbetulkan semula perkataan itu, terangkan padanya dengan baik dan kasih sayang kerana anak pada usia awalnya belum mengerti dia hanya mengungkapkan apa yang dia percaya betul melalui tindakan persekitaran yang dijadikan model kehidupannya.

Kemudian, terangkan akibat percakapan tersebut dan berikan cadangan perkataan yang baru dan lebih baik untuk digunakan. Pujilah anak jika dia berjaya menukar perkataan tersebut dengan yang lebih baik.

Pengaruh TV

Dalam pada itu, tindakan anak-anak juga ada kaitannya dengan siri televisyen yang ditonton. Justeru, adalah penting untuk ibu atau ayah duduk bersama anak sewaktu dia menonton dan terangkan terus perkara yang baik atau tidak dalam cerita tersebut. Di sini anak-anak akan jelas untuk membuat pilihan perkara yang baik dengan tidak baik.

Perkara yang paling penting untuk dilakukan ialah beri teguran kepada perbuatan atau percakapan yang dirasakan tidak wajar dilakukan atau disebut oleh anak. Jangan dibiarkan dengan anggapan anak masih kecil. Teguran yang kita buat dalam keadaan kasih sayang akan membantunya membina program-program yang baik sejajar dengan fitrah dirinya.

Jangan ambil ringan setiap perkara yang anak lakukan sekarang kerana jika dibiarkan dia akan membina kepercayaan bahawa perkara yang dilakukan adalah betul seterusnya menjadi sikap yang mendorong perbuatannya. 

Artiklel ditulis oleh: NURUL ASIAH FASEHAH MUHAMMAD 
(PENSYARAH UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA)

Wednesday 5 March 2014

STATEMENT TAK MASUK AKAL MENGENAI SUSU IBU (SI)

Terjumpa kat blog ciktembun...sgttt la so true...

This topic is meant for mothers who are trying or have tried to Breastfeed (BF) tapi kena condemn oleh orang2 yang:

- Tak faham dan takde kesedaran pasal SI - Cuba nak gagalkan orang lain yang nak - Sengaja taknak BF anak tanpa alasan kukuh

KATA-KATA ORANG MALAS

- Susu tak cukup. Baby boy minum banyak. (Cik Kak, Usaha tangga kejayaan)

-Puting besar sgt mana la baby tu nak boleh hisap... (Gulp..Adakah sebesar buah epal?)

-Payudara kecil, Susu kurang. (Semua ibu secara semula jadinya boleh menghasilkan susu yang mencukupi untuk bayinya. Saiz payudara tidak mencerminkan saiz kelenjar mamari kerana mungkin saja saiz yang besar disebabkan kapasiti lemak yang tinggi)

-Puting susu ibu perlu dicuci sebelum menyusukan baby.lecehla..Kalo dah bengkak, mana sempat nak basuh2. (Puting payudara ibu bersifat antibakteria. Kajian yang dijalankan untuk melihat reaksi bayi pada sentuhan pertama kulit ke kulit (1 jam pertama selepas kelahiran) menunjukkan kecenderungan bayi untuk memilih puting Susu ibu yang tidak dicuci berbanding puting Susu ibu yang telah dicuci kerana bau semulajadi ibu lebih menarik bayi. Bintil- bintil kecil di sekeliling payudara mengandungi bahan pelincir (sebum) yang bersifat antibakteria. Mencuci payudara memadai dengan mandi seperti biasa 2 kali sehari, tidak perlu mencuci dengan sabun, bahan pencuci seperti Dettol dan sebagainya)

-Sakit siot kasik Susu, puting aku sampai berdarah-darah, pastu breast bengkak-bengkak. (Meskipun ada sebilangan ibu yang mungkin rasa sedikit bengkak pada peringkat awal, tetapi keadaan ini tidak berlanjutan. Jika anda masih rasa sakit, ini mungkin disebabkan mulut bayi tidak menghisap puting dan areola dengan betul. Belajarlah untuk membantu bayi menyusu dengan cara yang betul)

-Mak saya tidak BF sebab susu kering. Mak kepada mak saya pun takde susu, maka saya pun memang tak akan ada susu. Macam penyakit keturunan. (So tipu.)

NI KATA-KATA ORANG YANG TAK SEKOLAH

-Susu simpan dalam peti ais jadik sejuk, kalau panaskan pun dia still 'sejuk'. x elok utk baby. (Kah..Kah..Kah…Statement orang tak belajar.)

-Susu badan bau hanyir. sanggup ke bagi kat anak? Dahla tak sedap. (ni sapa yang minum ni. ko ke anak ko yang kata tak sedap?genius betul anak ko umur satu hari dah boleh cakap tak sedap.Lembu yang tak mandi tu, sedap sangatkah susunya? Sedap bukan ukuran kualiti makanan berkhasiat. Banyak makanan “sedap” mengundang masalah kesihatan. Susu ibu mengandungi banyak nutrien. Kandungan gula dalam susu ibu 6.8 g berbanding hanya 4.8 g dalam susu formula.)

-Basi susu tu if baby tak hisap..Pagi2 kene perah sket dulu susu sblm bagi baby utk buang 'susu basi'. kalau lama x bagi pun susu awal tu kene buang gak. (takde istilah basi kalo belum keluar dari breast)

-Tak masuk akal simpan susu lama-lama dalam peti sejuk. (Susu yang dibekukan dalam deep freezer boleh tahan setahun, dalam tempat sejuk beku 4bulan, dalam peti sejuk tapi telah dinyahbekukan-24 jam. Aiskrim berbulan-bulan simpan tak takut plak nak makan)

-Ingat kot kalau BF nih boleh jarakkan kelahiran!" (Hmm tu la kalau tau ilmu sekerat2. dalam method tu, ada syarat2 nye kena exclusive BF, Tak period lagi, pastu umor baby less than 6 months- kalo tidak memenuhi syarat2 - tersebut, pakaila protection)

-Susu ibu terlalu cair (banyak air). (Jika susu ibu yang diperah ke dalam botol diletakkan di atas meja seketika, kita akan dapat melihat susu ibu itu menjadi 3 lapisan iaitu warna keruh cair di lapisan paling bawah diikuti susu kekuningan di tengah dan susu putih pekat lemak berkrim di lapisan paling atas. Tetapi keadaan adalah sebaliknya bagi susu formula, lapisan cair paling atas manakala lapisan pekat di bawah (lemak berketumpatan tinggi). Bagi susu ibu, 80% kandungan adalah air.

-Hah, pam guna mesin letrik..Tak elokla..Nanti kena kanser (oooo..Panaskan makanan guna microwave, guna handphone semua tu tak kira radiasi)

-Anak ko ni ari2 cirit sbb ko tu dok bagi susu badan. Ko mkn dah mcm2. x sayang anak ke? bagi la susu formula. (sayang oi,najis baby yang minum SI memang berwarna kuning & lembut. itu normal. x cirit laaa.....)

NI KATA-KATA ORANG-ORANG LAMA

-Awak ni pentingkan diri sendiri nak menyusu badan je, kesian kat anak tak cukup makan

-Susu badan ni kena campur ngan susu formula sikit ni..baru baby kenyang...n leh tdo lena.

-mana leh campur susu belah kiri ngan kanan. yang kanan kan utk makanan, yang kiri utk air.. (Susu ibu terdiri daripada susu awal (foremilk) untuk menghilangkan dahaga dan susu akhir (hindmilk) untuk mengenyangkan bayi. Naluri semulajadi manusia minum kerana dahaga, maka itulah yang diberi oleh ibu terlebih dahulu kepada bayinya melalui susu awal (foremilk) yang mengandungi lebih air dan laktosa. Kemudian barulah susu akhir yang pekat (kandungan lemak tinggi) yang akan mengenyangkannya.)

-Susu formula mengandungi pelbagai nutrien. Nape x bagi susu tepung, nnti anak ko terbantut pembesaran. Susu formula byk vitamin (Terpengaruh dengan iklan ler tu.Hakikatnya susu ibu mengandungi lebih 300 nutrien dan sebahagiannya belum dapat dikenalpasti oleh para saintis. Malah Susu ibu mengandungi antibodi, enzim dan protein yang tidak mungkin dapat ditiru oleh mana-mana Susu formula di dunia.)

-Kolostrum adalah susu kotor, nanah daripada payudara. tue pasal kuning.. kena buang.." (Kolostrum berwarna kekuningan dan agak pekat, tidak menyerupai susu matang yang cair. Kolostrum hanya hadir pada 3 atau 4 hari-hari pertama hayat seorang bayi. Ia tidak akan berulang! Kolostrum mengandungi antibodi yang melindungi sistem pencernaan bayi. Kolostrum adalah makanan pertama yang paling baik untuk bayi. Susu formula tidak dapat meniru kolostrum susu ibu).

NI KATA ORANG-ORANG DENGKI -Nanti malam2 kita je yang kena bangkit bagi susu, ayah dia syok je tido. Kalau bagi susu formula, suruh ayah dia bancuh. (alasan mak yang kuat tido... padahal bagi susu ibu lagi le senang, boleh lena sama2 sambil baby nyotnyot)

-Susu badan ni panas la

-Susah nak shopping (Susah pebenda, baby nak minum susu, duduk je kat mana-mana, selak aje baju. Tak payah nak bawak spare susu, air panas, air suam, botol segala)

-Ibu menyusu tidak boleh minum/makan makanan sejuk, ibu menyusu perlu waspada pengambilan makanan. (Semua orang kena jaga makan what? kalo tidak segala kencing manis, darah tinggi sakit hempedu datang. Bila kita berhati-hati memilih makanan kerana nak BF, sekaligus meningkatkan kesihatan kita..tu pun salah?)

-Nanti ketet ko layut.eii….geli. sure laki ko cari lain.. (cam haram nyer statement. Yelah...Jagalah ketet ko yang macam porn star tu.Hello, ketet ko tu boleh tegang berapa lama sangat. Pengenduran buah dada adalah disebabkan oleh faktor usia dan graviti. Artis amerika tu korang ingat barang dia asli ke?

NI KATA-KATA ORANG YANG DAH TAKDE IDEA SANGAT NAK KONDEM BF:-

-eiii.. bagi susu badan???... macam orang kampung jerk.. selak sana sini... (Pakai baju ketat nampak ketet, takpe..)

-Sapa bagi SI ni pemalas, malam taknak bangun bancuh susu. Memang la leceh bagi anak susu botol, nak kena basuh botol, sterilize etc, tapi itu la namanya pengorbanan, ni seme nak senang je jaga anak. (biorla dikatakan malas pun, aku nak save energy untuk produktiviti lain)

- Zaman skrg ni makanan kita dah byk chemical additives, pengawet , colouring etc, tak elok dah susu badan. Lain la zaman dulu, makanan seme natural (Hello…susu tin tu natural sangat ke?)

-baby manja sangat..taknak berenggang dengan mak, susah la nak buat kerja rumah... (Buat stok SI, letak dalam botol, soh ayah dia susukan, apa ada hal? Malah sebenarnya bayi yang menyusu ibu lebih berdikari, lebih rasa selamat, kurang menangis dan lebih berkeyakinan kerana dia telah merasa puas didakap, dibelai dan dimanja sewaktu tempoh dia menyusu dengan ibunya.)

-Ko kena bagi anak ko susu formula, besar sok dia pandai cam anak2 akak. Pandai nyer! Sumer lepas SPM. Pastu keje & kawin

Sunday 2 March 2014

My favourite corner

2 tempat ni adalah my fav corner...bcoz aku mmg sukakan fridge magnet...antara negeri/negara yg ada dlm koleksiku ialah london, paris, jakarta, bandung, bali, penang, kelantan, kedah, langkawi, vietnam, hongkong, china, allah muhammad dan yg mengarut2...bhgn bawah peti sejuk xdapek nak letak sbb ada tukang ambik dan baling kuat2 fmku..gambar lak sekrg baru gigih nak menambah koleksi...tunggu photo paper utk print gambar utk new collection...
Lg satu tempat ialah meja tempatku menjenguk fb, berinteraksi dgn pakcik google, memprint apa2 yg patut..zarel pun suka study kat situ...