kepadamu yang Allah pilihkan untukku..
Ketahuilah, aku hanya wanita biasa dengan begitu banyak kekurangan,
Aku bukanlah wanita sempurna, seperti yang mungkin kau harapkan..
Maka, ketika Dia memilihmu untukku,
Maka saat itu, Dia ingin menyempurnakan kekuranganku dgn kehadiranmu...
kepadamu yg Allah tetapkan sebagai nakhodaku..
Ingatlah.. Aku adalah mahlukNya dari tulang rusuk yang paling bengkok..
Ada kalanya aku akan begitu membuatmu marah...
Maka, ketahuilah....saat itu Dia menghendaki kau menasihatiku dengan hikmah,
Sungguh hatiku tetaplah wanita yg lemah pada kelembutan..
Namun jangan kau cuba meluruskanku, kerana aku akan patah..
Tapi jangan pula membiarkanku begitu saja, kerana akan selamanya aku salah..
Namun tatap mataku, tersenyumlah..
Tenangkan aku dgn genggaman tanganmu..
Dan nasihati aku dgn bijak dan hikmah..
Maka, kau akan menemukanku tersungkur menangis di pangkuanmu..
Maka ketika itu, kau kembali memiliki hatiku..
kepadamu yang Allah tetapkan sebagai tempat berteduh..
Ketahuilah, ketika ijab atas namaku telah kau lontarkan..
Maka dimataku kau adalah yang terindah,
Kata2mu adalah titah untukku,
Selama tak bermaksiat pada Allah, akan ku penuhi semua perintahmu..
Maka kalau kau berkenan ku meminta..
Jadilah tempat teduhan yg indah, yang kukuh…
Yang mampu membuatku dan anak-anak kita nyaman dan aman di dalamnya..
kepadamu yang Allah pilih sebagai imamku…
Ku memohon padamu..Redhalah padaku,
Sungguh Redhamu adalah Redha Ilahi Rabbi..
Mudahkanlah jalanku ke Syurga-Nya..
Kerana bagiku kau adalah kunci Syurgaku..
Sekali lagi..ingin kutegaskan bahawa AKU BUKAN BIDADARI yang sesempurna fikiranmu...
Aku hanya insan yang menjaga diri dengan membina benteng seadanya,
Maafkan aku kerana kebodohanku....
Maafkan aku kerana kelemahanku...
Maafkan aku kerana aku bukan bidadari yang menjadi idaman hatimu...
Bimbinglah aku.. terimalah kekurangan itu sebagai KEUNIKAN,
carilah KEBAIKAN pada diriku....
Sesungguhnya aku tidak sempurna....
Jua..jangan mengharap isteri semulia Siti Fatimah,
seandainya dirimu tidak sehebat Saidina Ali….
mengapa mencari teman secantik ratu Balqis,
andai diri tidak sehebat Sulaiman,
mengapa mengharap teman setampan Yusof,
jika kasih tidak setulus Zulaikha,
tidak perlu mencari teman seteguh Ibrahim,
andai diri tidak setabah Siti Hajar,
dan mengapa didamba teman hidup sesempurna Muhammad,
jika diri tak setanding Siti Khadijah..wallahualam....