Kengkawan..TQ Love..

Wednesday 26 June 2013

10 tip membahagiakan anak

Jom amalkan 10 tip dibawah ini bermula dari hari ini juga. Sebenarnya diuji dalam nikmat ini amat memerlukan pertolongan Allah. Takut pula timbul sifat sombong, bangga diri, rasa hebat dan lain2. Hanya padaNya kita berserah setelah berdoa dan berusaha. Beberapa tip yang boleh kongsi bersama.

1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat "iyyakanakbudu waiyyakanastain" -yang ertinya "Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan..", mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang Kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semuga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat Dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.

2. Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan ( ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya ) Dan ucapan ini adalah DOA Dan Allah Maha mendengar lagi maha melihat.

3. Masa bangun solat malam, solatlah hajat disisinya. Maksudnya Kita solat dalam bilik dia Dan dekat dengan dia. Jika Kita selalu buat Dan Kita juga selalu beritahu dia yang Kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang Kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh.Dia akan tahu Kita selalu solat hajat untuknya.

4. Minta dikasihani. Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu panggilan Allah. Jika Dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti.

5. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana Kita tatang dia masa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.

6. Maafkan anak Kita setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati Kita.Muhasabbah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita dimasa lampau.

7. Yang paling penting jaga tutur kata Kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku juga kerana kita TER.. kata, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk Kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan Kita, Kita marah kerana dia buat salah,bukan bermaksud membenci.Ceritalah buat macam dramapun boleh .

8. Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya Kita,anak Dan zuriat keturunan Kita termasuk dalam golongan orang2 yang tetap mendirikan Solat. [Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.]

9. Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia.Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka.

10. Masa basuh beras niatkan "Ya.. Allah lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia.....untuk faham agamanya ", [kenapa Kita nak dia faham agama, kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke neraka] sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi ". Basuh beras lawan jam ( macam org tawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W. Masa buat kerja ini hati jangan lalai..dan ingat kepada Allah selalu.

Tuesday 25 June 2013

Cara menghalau tikus

Petua Menghalau Tikus Di Rumah Anda PETUA MELAYU LAMA Petua Menghalau Tikus Di Rumah Anda Pilihan 1: Ambil beberapa helai daun durian belanda dan letakkan di tempat-tempat yang sering menjadi laluan binatang tersebut. Letakkan juga di dalam almari makanan. Pilihan 2: Letakkan beberapa biji buah kepompong muda atau masak di tempat yang selalu didiami oleh tikus. Pilihan 3: Letakkan perangkap tikus (perangkap jaring atau gam tikus) di laluan yang sering dilalui tikus. Pilihan 4: Taburkan kawasan yang disyaki tempat laluan tikus dengan lada hitam atau black pepper. Tikus akan lari. Pilihan 5: Tanam pokok durian belanda dan gunakan daun durian belanda. Caranya ialah letakkan beberapa helai daun di tempat yang selalu terdapat tikus. Gantikan daun itu selepas 2 atau 3 hari sekali. Tikus tidak akan datang lagi. Pilihan 6: Bela kucing (bukan kucing makan “Friskies”). Pilihan 7: Bela burung hantu (jika anda tinggal berhampiran sawah padi). Pilihan 8:Taburkan serbuk lada Hitam di tempat ada tikus atau laluan tikus. Pilihan 9: Dapatkan buah jering dan tangkai jering. Letakkan di lokasi tikus selalu berkumpul. Pilihan 10: Perangkap seekor tikus hidup-hidup. Gunakan perangkap berumpankan ikan masin. Jika anda berjaya tangkap tikus, kurung ia 2 atau 3 hari dalam stor atau bilik air ataupun di tempat tertutup. Beri minum sahaja. Kemudian, pada hari 4 bawa ia keluar dan beritahu kepadanya dengan suara yang kuat : "Jangan datang rumah aku lagi, kalau tidak.. aku kurung kau lagi. Ia tidak akan datang lagi bersama cucu dan bapa mertuanya serta besan dan ipar duainya. 11. Gunakan gajet eletronik yang dikenali sebagai “Ultrasonic Pest Reppeller” untuk menghalau tikus-tikus memasuki rumah anda. Alat ini dapat memberikan rasa kurang selesa kepada tikus-tikus. Bagi tikus-tikus yang berada dalam zon yang dipasang dengan gajet eletronik seperti "Ultrasonic Pest Reppeller" akan mengganggu mereka dengan bunyi ultra sound yang kurang menyenangkannya. Gajet ini juga mampu mengawal serangga lain seperti nyamuk lipas dan lain-lain serangga perosak. 12. Jika semua petua tidak berkesan juga, anda disarankan menghubungi syarikat pakar kawalan serangga untuk membantu anda menyelesaikan masalah ancaman tikus. Hubungi mana-mana pakar kawalan serangga atau syarikat Pest Control untuk sebarang bantuan. NOTA: a. Kaedah halau tikus sebenarnya mudah, iaitu bela kucing. Pesawah padi biasanya sengaja tidak membunuh ular sawa di sawah padi walaupun mereka tahu ular memberi bahaya, tetapi ular sawah padi juga memberi manfaat. Jangka hayat tikus ialah selama 2-3 tahun. b. Tikus rumah ialah haiwan yang tidak tahu berenang tetapi boleh terbang (melompat) dari satu tempat ke tempat lain. Tikus mampu melahirkan anak sehingga lapan ekor dan mengawan 4 kali setahun. Ini bermakna ia mampu mempunyai anak sekitar 30 ekor dalam setahun. c. Apabila terdapat tikus di rumah anda, jangan lupa simpan makanan, pinggan, mangkuk, belanga, kuali dan apa sahaja peralatan memasak dan peralatan makanan di dalam rak yang tertutup. Ini kerana kencing dan najisnya mampu memudaratkan anda atau keluarga anda. d. Tutup semua laluan masuk. Periksa semua lubang-lubang yang memudahkan tikus-tikus memasuki rumah anda. Tutup dengan rapat lubang-lubang yang disyaki menjadi laluan masuk tikus-tikus itu memasuki ke dalam rumah anda dengan baik. Jangan biarkan sedikit ruang yang tertinggal kerana tikus boleh melolosi lubang yang sempit dan kecil.

Thursday 13 June 2013

Persiapan Raya Aidilfitri 2013

Buat pertama kalinya kitorang buat persiapan awal utk raya...awal ke??..haha..bg org lain mungkin dah biasa buat persiapan awal...sbbnya setiap minggu aku ke Sogo (pegi Sogo every week sbb dah gila kuih-muih kat pasar malam jln TAR sebenarnya)..sejak May hari tu, ramainye la umat membeli belah pakaian anak2...aku pun terfikir awal rupanya org buat persiapan, so aku pun mengikut jejak langkah diorg utk buat persiapan awal....bj tema rayaku hujung bulan 5 dah siap utk sefamily...bln 4 beli kain, terus tempah..tinggal baju extra2 yg tgh dibuat...dah tempah kira selamat la kot...bkn ape, last year bj rayaku tak siap, bayangkan susah payah cari kain (bkn senang nak cr kain sbb cik abgku yg teramatlah cerewet)..sekali telefon tukang jahit, tak dpt siap, 2 hr lg nak raya terpaksa tangguhkan balik cuti, pegi PKNS shah alam cr baju ready made...sepasang RM250..aku punya dah tentu2 2 psg la paling kurang, Qisty punya lg..terbang melayang budget..lam hati dok fikir, nanti bila plak nak pakai bj yg ditempah tu...surirumah je kot...huhu...anyway baju2 tu kujadikan baju tambahan utk raya thn ni pulak..keke..jimat...so thn ni aku buat 2 psg je, kalau ikutkan 2 psg tak cukup dek kerana raya yg panjang....tp sbb dah ada last year punya jimat belanja...

berbalik kepada cerita persiapan raya..dah tentu anak2 yg diutamakan...Amanda la paling untung..pegi mana2 mesti rembat bj utk dia, cukup utk 2 minggu raya...yang ruginya Qisty sbb susah sgt nak cr baju yg sesuai utk dia...untung sebenarnya org berbadan kecik, senang cr baju...ni baru 10 thn, kalau 20 thn camner..huhu...mummy pun leh pakai baju dia...anyway, peruntukan utk anak2 ialah RM500 seorang (yg dah beli bln2 sebelum ni tak di kira..keke)...Amanda dan Zarel dah settle..tinggal Qisty je lum settle..this week last Sogo sale so ape lg...perjuangan terakhir mencari baju Qisty dah tentu2 sehari suntuk berkampung kat Sogo tu...parking fee dijangkakan..rm20..anyway, mmg best shopping kat Sogo, mak bapak je xde...nak cari brand ape pun ada, baju Polo pun banyak stock dan ...better than Polo Haus One Utama...anyway yg best, henbag kat polo haus OU murah la plak, ape lg sempat gak aku grab, bkn nak sgt, mmg minat tp xde keperluan so aku xhirau sgt la, tp cik abgku yg sibuk suruh beli, tunggu ape lg kan..

Friday 7 June 2013

Koleksi baju Amanda


Actually aku xpernah mengamalkan adik pakai baju kakak/abang..sebabnya aku xde ramai anak, dan xde experience jgk sbb aku anak sulung dan ada sorang je adik, lelaki..so utk anak2ku, bj qisti hanya qisti yg leh pakai, so bila dah xmuat, yg buruk aku buang, yg elok2 aku jual 2nd hand kat blog..kekeke..masa tu famous dgn blog kedai2 on9..mmg laku jual murah2...tak terfikir pun nak tambah anak lg...baju zarel lak bila dah kecik kusimpan je lam almari, zaman blogger shop dah agak suram sejak ada fb..malu lak nak jual kat fb...pun xterfikir nak tambah anak..
Sejak 2,3 hr ni serabut pulak almari qisti dan zarel yg nampaknya dah penuh..terpaksa la ku godek dan keluarkan mana yg patut..(dah kena beli almari baru sebenarnya, yg sesuai dgn bilik yg sempit, anak yg ramai)..hanya 30% yg boleh dipakai, yg lain, ada yg jd kain buruk, ada yg kusedekahkan dan Amanda la jd mangsa kena pakai bj abang masa kecik dulu...huhu..tak terpakai jgk nampaknya...ni koleksi 1-2y..semua baju lelaki, so pakai tido je la..anyway tshirt je pun..girl pun leh pakai kan...3,4,5,6y kiv dulu...saki baki bj qisti pun ada jgk yg sayang nak jual..so dpt la amanda pakai kat umah, so mummy takyah cuci baju amanda 3 minggu...yehaaa...dan jimat kos beli bj rumah dan bj tido.


Koleksi baju tido..
Baju abang 1-2y yg dah jadi koleksi baju tido amanda
Koleksi baju rumah dan baju jenjalan
Baju kakak yg dah jd koleksi bj rumah amanda
Jacket/cardy..mummy xsuka pakai cardy so amanda pun kena la ikut..keke
Koleksi baju raya, lum shopping baju raya dah ada baju raya, ni baju yg mummy jual saje simpan utk amanda, dan baju yg baru beli tapi baru pakai sekali, so simpan utk raya memandangkan raya dah dekat dan raya lak sampai 2 minggu, mana nak hangkut baju byk2 kan.. 

Thursday 6 June 2013

Dream come true..

Lamanya tak menghupdate velog ni...actually gara2 phone ku yg dah penuh, so xleh nak mantain blogger lamtu, adoii kena beli phone baru ke??..mmg xla kan, ape kes surirumah cam aku ni nak tukar2 phone bagai, semenjak 2 menjak ni fb pun jarang bukak, asyik mengadap instagram pastu mula la terpengaruh dgn iklan baju2 lamtu, apa lg, perabih duit je la keje aku selagi xraya..huhu... 

Berbalik kepada wish come true..akhirnya dapat jgk beli camera dlsr idaman kalvu...tak sangka jgk, sebenarnya dah kukuburkan impian itu sejak zaman sekrg ni byk guna phone dan boleh terus pos ig...tp biasa la, kebetulan pegi digital mall 2-6-2013 hr tu...en. Anif cari phone, nak beli note tp nak cr paling murah, boleh?..aku dgn tak semena-mena singgah kat kedai camera, saje je tanya harga dan kebetulan hb lalu situ saje la tunjuk sbb dia mmg suka tgk camera, sekali dia sangkut kat situ dan org tu bawak keluar camera dr cermin..ha..sah2 kena beli...so galaxy note dah bertukar jadi Nikon D5100..mcm tak percaya..sah2 kena rajin bawak camera berat ni pasni, dan rajin ambik gambar...org dah pakai lama, kitorg br nak pakai..dah lapuk kot..haha...anyway am so happy...dah boleh tick my wishlist kat my old blog..(:

Love it :)
tak dpt D7000 yg ni pun jadila...

Will letgo my old camera...P90 ni..huhu sedih gak..kualiti gambar yg tak mengecewakan jugak...huhu..kekadang je buat hal gambar tak lawa indoor, atau yellowish..the point is my hubby tak nak sbb dia bkn dslr...sian...since my SIL berminat dgn dia ni...so kuhadiahkan kepadanya...mula2 ingat nak jual, tp at last tak jadi jual, kasi free jek..ni dia lum tau aku nak kasi free...hehe..

Box yg dah berabuk...ni pun riban gak harga dia..leh dpt body dlsr gitu..