Kengkawan..TQ Love..

Tuesday 23 December 2014

10 resepi berpantang yg sedap berkhasiat

10 Resepi Berpantang Yang Sedap, Berkhasiat dan Mudah Disediakan

Masa berpantang, memang semua kena pantang. Dari penjagaan diri sampai lah ke makanan yang kita makan semuanya restricted. Kalau berpantang di rumah mak atau mak mertua mungkin lagi ketat cara berpantang. Tapi kalau hari-hari makan menu ikan bakar, sayur sawi lama-lama tekak pun tak boleh nak telan dah. So khusus untuk bakal-bakal ibu yang nak melahirkan ank, saya nak share 10 resepi mudah yang boleh dicuba ketika berpantang.

Kelebihan resepi-resepi ni bukan sahaja sedap di tekak tapi juga membantu ibu-ibu untuk kembali sihat dan memperbanyakkan susu di samping mempercepatkan pembaikan luka

Resepi #1: Daging Lada Hitam 

Bahan-bahan:
250gm daging batang pinang
1 bji bawang besar (hiris)
5 ulas bawang putih (hiris)
sedikit minyak
1 sudu besar lada hitam
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar kicap masin

Cara masak:
1. Rebus daging hingga empuk dan simpan air rebusan daging
2. Panaskan kuali dan tumis bawang  hingga naik bau
3. Masukkan daging, kicap manis, kicap masin dan lada hitam. Biarkan seketika
4. Masukkan air rebusan daging dan biar kuah sedikit pekat dan daging empuk.
5. Siap untuk hidang

Resepi #2: Tumis Sawi Putih 

bahan-bahan:
20gm ikan bilis
2cm halia
2 ulas bawang putih
5 tangkai sawi putih  - potong
minyak
garam
1/2 cawan air

Cara masak:
1. Panas minyak dna tumis bawang dan halia
2. Masukkan air dan ikan bilis. Biarkan mendidih kemudian masukkan sawi
3. Perasakan dengan garam dan siap untuk dihidang.

Resepi #3: Kerabu Pegaga

Bahan-bahan:
Seikat pegaga
1 ulas bawang putih
2 ulas abwang merah
1 sudu teh lada hitam
50gm ikan bilis
1 inci halai muda
1 inci kunyit hidup

Cara Masak:
1. Tumbuk bawang putih, bawang merah, halia, kunyit, lada hitam hingga lumat
2. Goreng semua bahan tadi tanpa minyak. Biarkan kering dan angkat
3. Gaulkan bahan gorengan tadi bersama daun pegaga yang dihiris kasar
4. Sedia untuk dihidang

Resepi #4: Ikan Singgang Halia

Bahan-bahan:
Seekor ikan selar sederhana size
2 inci halia
4 ulas bawang putih
1 cawan air
Garam

Cara masak;
1. Mayang halus halia dan bawang putih dan direbus bersama air
2. masukkan ikan selar dan sedikit garam
3. Sedia untuk dihidang

Resepi #5: Sambal Bilis Berkunyit

Bahan-bahan:
100gm ikan bilis
3sm kunyit tua dikisar halus
3cm lempoyang kasar
2 sudu kecil lada hitam
minyak

Cara Masak:
1. Goreng ikan bilis dan toskan
2. TUmbuk kasar ikan bilis goreng tadi bersama lada hitam
3. Tumis bahan kisar hingga naik bau
4. Masukkan ikan bilis tumbuk bersama lada hitam
5. Sedia untuk dihidang

Resepi #6: Lobak Putih Masak Air

Bahan-bahan:
1/2 batang lobak putih size sederhana
1 sudu teh lada hitam
4 ulas bawang putih
1 cawan air
Garam dan gula

Cara masak:
1. Bersihkan lobak, kupas kulit dan hiris nipis
2. Masukkan air dalam periuk
3. Lada hitam dna bawang putih ditumbuk dan gaul bersama lobak putih dan air
4. Masak di atas api sederhana dam perasakan dengna gula dan garam
5. Siap untuk dihidang.

Resepi #7: Salmon Panggang Lada Hitam

Bahan-bahan:
Sekeping ikan salmon
1 sudu teh lada hitam
1/2 inci halia
2 ulas abwang putih
Garam
Aluminium foil untuk balut ikan

Cara masak:
1. Bersihkan ikan
2. Tumbuk kasar lada hitam, halia dan bawang putih
3. Lumurkan pada salmon bersama garam
4. Perapkan dahulu selama 1 jam sebelum dibungkus dalam aluminium foil dan panggang hingga masak.

Resepi #8: Sup Sawi & Lobak Merah 

Bahan-bahan:
1 ikat sawi
1/2 biji lobak merah
1 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 cawan air
Garam dan gula secukup rasa

Cara Masak:
1. Bersihkan sawi dan lobak, potong nipis-nipis keduanya
2. Bawang putih dan bawang merah dihiris nipis
3. Rebus air bersama bawang merah dan putih, masukkan lobak dan batang sawi terlebih dahulu
4. Masukkan daun sawi, gula dan garam
5. Siap untuk dihidangkan.

Resepi #9: Ayam Masak Halia 

Bahan-bahan:
Sehidangan daging ayam
2 inci halia
1/2 sudu lada hitam ditumbuk halus
2 ulas bawang putih
Garam

Cara Masak
1. Bersihkan ayam dan hiris halia secara memanjang
2. Tumis bawang putih yang dihiris dan halia dengan sedikit minyak
3. Masukkan sedikit air kemudian ayam
4. Biarkan ayam empuk dan kuah sedikit pekat.
5. Masukkan lada hitam yang ditumbuk halus dan garam
6. Siap untuk dihidang

Resepi #10: Sup Ikan Haruan 

Bahan-bahan
2 ekor ikan haruan
3 ulas bawang merah ditumbuk
2 ulas bawang putih ditumbuk
1/2 sudu lada hitam ditumbuk
2cm halia ditumbuk
garam

Cara Masak
1. Bersihkan ikan dengna air asam jawa untuk hilangkan hanyir
2. Tumis bahan yang ditumbuk kecuali lada hitam dengan sedikit minyak sehingga naik bau
3. Masukkan air dan lada hitam
4. Masukkan ikan dan biarkan hingga masak, perasakan dengan garam
5. Tabur daun siap semasa menghidang.

ok cukup 10 resepi yang boleh dicuba. Takde lah makan makanan yang same je kan? Selamat berpantang pada ibu-ibu yang sedang berpantang. Semoga sihat, segar dan pengeluaran susu ibu pun lancar.

Tuesday 25 November 2014

Jadual Makan Ubat yg betul

Sejak my 1st baby masuk spital dan asyik demam2 tak benti..satu perkara yg aku belajar ialah cara atur masa makan ubat yg betul...kalau dulu2 mak suruh makan ubat masa breakfast, mkn tghri dan makan mlm..kan masa tu tak terbahagi dgn betul pun kan...:-)

Friday 21 November 2014

Hari Penyampaian Hadiah SKBSD3 2014

Tajuk cam aku lak involve dgn event ni...cam aku lak cikgu sekolah kan...dah last2 nak cuti sekolah ni malas je nak attend program sekolah tapi sbb qisty terlibat mmg kena attend...walaupun thn ni prestasi agak menurun utk qisty..tk pelah..mummy dh faham sekrg semua anak mummy cannot work alone anymore..thn ni mmg mummy tumpukan utk zarel je...utk zarel aku agak puas hati walaupun dia tak dapat ape2 sbb bermula dgn zero masuk darjah 1 (kecuali english je 90-100%)..kelas paling last..then dpt naik 2nd kelas..then next year dpt masuk 1st class....yeyyy..ini mmg product mummy 100%...sbb mummy yg ajar dia dr zero sejak kena marah dgn cikgu..sampai la sekrg result A dan B je..tu dah cukup baik..thanks to cikgu sham yg pernah buat mummy geram tak puas hati selamber badak ckp budak ni taktau ape2, tolong tgk2 dia..kalau 50% tak kisahla u dah berusaha ajarkan..tp zero kot..ntah ape keje cikgu ntah...bersukan je 24jam..by the way from that day mummy sedar kesilapan sendiri...huaaa..setiap anak kan tak sama...tapi belum terlambat mummy struggle utk betulkan dia...alhamdulillah..akhirnya berjaya sampai tahap ni...

Berbalik kisah penyampaian hadiah..takde ape nak citer pun..macam thn2 lepas..tunggu giliran qisti utk ambik sijil dan piala..dan posing2.,dan balik...yeyyy dah cuti sekolah...so layan gambar je...:-)







Tuesday 18 November 2014

Resepi Kari Ikan

Hari ni pegi econsave dgn kepala kosong taktau nak makan ape...pegi sana baru bincang2 decide2...mr chef tetiba sebut tentang kari ikan...wahh mmg dr last week teringin nak makan kari ikan cam mama masak..huhu...kari ala orang utara gitu...so terpaksa mr chef ikut kehendakku buat cara org utara ye...hantam saje actually..by the way tersangat la sedapnya kari ikan yg mr chefku masak ini...jom layan resepi..


Resepi Kari Ikan

Bahan-bahan
Ikan kembong 6 ekor ( ku campur dgn sebijik kepala ikan jenahak :p)
Sekotak kecil santan cap ayam ( duduk kl ni ni je yg mudah)
Sebungkus rempah kari ikan (aku guna adabi)
Serbuk cili 1 sudu besar (aku tak letak)
Bawang merah 5 ulas *
Bawang putih 3 ulas *
Sedikit bawang merah dan putih di mayang utk tumis
Tomato sebiji dipotong 4 * (aku tak letak sbb tomato reserve to amanda)
Cili hijau 2 biji dibelah 2 ( tak letak jugak)
Kacang bendi @ terung
Daun kari
Sedikit halba campur
Air asam jawa

 - Bahan bertanda * dimesin halus
 - Rempah dan serbuk cili digaul sebati dengan sedikit air

Cara-cara

Tumis bawang yg di mayang bersama daun kari dan halba campur. Setelah kekuningan masukkan bahan2 yg dikisar bersama rempah kari...masak hingga naik minyak...masukkan air, garam, gula dan santan...apabila mendidih, masukkan ikan dan bendi...dah masak boleh tutup api..tak perlu lelama sbb ikan kejap je masak...nanti hancur plak ikan xbleh posing2...weee..makann...:-)

Resepi Kerabu Pegaga

2 minggu ni tekak ni hanya mampu telan nasi dgn ikan kering dan ulam pegaga je..takpun ikan bilis goreng kering...tapi bosan gak tiap2 hari macam kambing je makan daun...nasi pun takde kuah...sedih benor menengok diriku sendiri...haha..mengalahkan org dalam pantang kan....orang la...aku dalam pantang, pantang tgk semua bedal...ok berbalik kepada tajuk di atas...hari ni kepala otak terasa nak makan kerabu pegaga memandangkan stock pegaga yg di beli rm3 kat NSK minggu lepas still byk lg...godek2 kat dapur hanya ada ikan bilis...ok..maka terjadilah resei kerabu pegaga versi orang dalam pantang yg di olah sikit utk orang bukan dalam pantang ni...


Resepi Kerabu Pegaga

Bahan2:

1 cekak pegaga
1 genggam ikan bilis
1 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
3 biji cili api (bagi orang dlm pantang gantikan dgn lada hitam dan halia)
sedikit garam

Cara-cara:

Basuh pegaga dan potong kecil
Tumbuk bahan2 lain sehingga lumat atau ikut suka la nak mcm mana hehe
Tumis dgn minyak yg sedikit sehingga kering, jgn lupa taburkan sedikit garam
Tutup api dan gaulkan dgn daun pegaga tadi...boleh terus makan dgn nasi

Thursday 4 September 2014

Nikon 50mm lens

Dah lama verangan nak pakai ni...sepatutnya this is the 1st lens yg aku beli dulu tp hati berbelah bahagi pulak dgn 17-50mm ...kengkonon takut takleh ambik gambar view or wide...tp bila hari2 ngadap ig dgn gambar2 bokeh yg menggugat jiwa...tak bleh thn kena grab jugak...:-) setelah survey punya survey...last dpt harga yg best sgt...only at digital mall kot...manage to grab this at only RM680 original set with nikon warranty...not ap tau.... this is the best price kot since market price di mana2 RM790...pegi nikon agen sah2 dapat harga market kan...so mmg suggested la pegi digital mall tingkat 1..make sure tanya dulu price sbb ada 1 kedai je bg harga tu...anyway bak kata photographer2 terkenal, 50mm ni wajib ada..yupp..memang the best..i loike3...so jakun kan...haha

Next target to grab nikon D7000 pulak with 50mm jugak...


Sunday 11 May 2014

Ectopic pregnancy

Ectopic pregnancy...meaning kandungan luar rahim...bende yg selalu aku dgr dulu masa pakai iud...tp selama bertahun tahun pakai iud, 6,7 thn gak kot, sampai expired pun xbukak, still aku tak dpt ectopic pregnancy...in 2011 aku bukak iud utk pregnantkan si Amanda...after Amanda sampai la sekrg ni tak sempat2 utk gi psg iud, sbb kena bawak Amanda ke mana2 mmg tak dapat la nak menjengah LPPKN tu....last2 aku pregnant yg ke-4...tapi tak dpt diselamatkan sbb ectopic pregnancy...xpe la xde rezeki...9/5/2014 aku menjalani pembedahan utk membuang kandungan...meh nak citer dr mula symtom2nyer utk di jadikan panduan sesiapa selepas ini...
Ectopic pregnancy boleh berlaku atas beberapa faktor, boleh google je byk tentang ni...terutama bg wanita 35 ke atas...ye umur yg lanjut mmg byk risiko so nak anak ramai cepat2 la kumpul masa muda ok...dan lg...anak ramai itu rezeki. Dulu aku selalu fikir nak anak sorang je, tp bila dah jd 2, rezeki brtambah2, yg 3 lg bertambah, so aku tak kisah lg utk tambah berapa anak pun...cuma after dpt ectopic ni rasanya tak dpt lg utk tambah anak, seram kot masuk OT, operate perut bagai..huhu..byk kuperhatikan kengkawan yg anak 2 xde la hidup semeriah anak ramai..bg anak yg ramai tu, dpt je pergi jenjalan makan2 sana sini sepanjg masa, dpt je beli kereta besar, beli bj memahal utk anak...namapun rezeki kan, ada yg berpendapat anak ramai nanti lg byk pakai belanja...kaya ke anda dgn anak 1? Tak jugak kan...taraf hidup still sama kan..aku pun camtu dulu...tp bila tambah anak, rezeki dtg je dr memana...alhamdulillah...tp setiap org tak sama anyway...hidup masing2..
Berbalik kepada kisah pregnancyku pulak....aku mmg tau benar kalau pregnant sbb periodku mmg tetap dan aku mmg tulis every month...kali ni 20/4/14, periodku takde...tunggu lg 2,3 hari..sah2 mmg xde...ckp dgn hubby...ape yg keluar dr mulut dia...so kita kena beli vellfire nanti, berusaha dr sekrg, business kena jalan ni...haha..itu pulak 1st impression kan.,..aku lak ckp estima lg cantik...so after that asyik pandang estima je kat jln..:-)
5hari xde period aku buat upt test, line ada tp kabur...xpe la malas nak buat lg, tunggu dan lihat je...minggu ke6 aku bukak buku merah kat klinik kesihatan paya jaras, terpaksa bukak situ ikut kawasan...mmg tak best sbb klinik kayu yg xde facility, bertambah la lembab jdnya, so result darah tak dpt hr yg sama, kalau tak mesti dah tau ectopic. Week 7 mula ada brown spot yg sikit sgt2...3 hr lepas tu mlm tu aku mula sakit perut, sakit sesangt seluruh perut, bukan memulas, mcm sembelit pun ada, macam kena tarik tali perut, nak jln pun susah...kugagah jugak buat keje, dukung amanda lg.. sambil cirit birit lg...mlm tido dlm sakit, tak dpt tido sgt...kul 5 bgn pegi toilet nak kencing, toilet bowl penuh dgn darah fresh...terus teringat masa nak deliver amanda hr tu, sama je rupanya...xterlintas langsung pasal ectopic, yg kufikir cuma maybe misscarriage....aku terus mandi dan bersiap awal2, nanti kalau nak klinik tak sempt lak nak mekap bagai, siap budak2 nak gi sekolah, test lak tu hr ni...hubby bangun br bgtau dan discuss nak buat ape..gi klinik la kot...after hantar bdk sekolah we decide utk pegi PPUM, dekat dgn ofis hubby..singgah ofis hantar laptop dulu, then br gerak ke ppum..on the way tu tepon diorg where we should go, they ask to go terus ke emergency sbb bleeding..lam hati aku, sib baik, xyah tunggu lama....tp lama la pulak nak tunggu result darah...3 jam aku tunggu, sib baik aku penyabar...paling nasib baik lg amanda pun sabar je tunggu...walaupun lum mandi pagi..after result diorg hantar aku ke bangunan kompleks ibu dan anak...utk scan..sib baik pakai kerusi roda, jsuh gilerr...sampai sana uncle wheelchair tu bwk gi daftar dulu, katanya nanti takyah aku pegi daftar lg...after that bwk aku gi tingkt 4 utk scan..tq to uncle, nyawaku jd pertaruhan tu utk jln sejauh tu...masa ni aku lum tau...kat tingkt 4 doktor lelaki nak scan aku...huh asyik lelaki je dr dulu aku dpt...redha je ler...tp dlm keadaan sakit nak scan ikut bawah, buatku rasa amat takut..huhu...tahan je la..after dah scan dr segala sudut, dia call boss dia, dr pakar...si prof tu pulak nak scan..nurse dah buat muka kesian kat aku sambil senyum...dia kata, xpe la, prof ni pompuan...dr lelaki tu explain kat aku, dia hanya comfirm 80% aku ada ectopic, so boss dia kena confirmkn lg....nama pun pakar kan, dia tak perlu scan kot bawah, kejap je scan perut dah nampk, terus decide utk operate sekrg jgk, tp bila tanya aku mkn bila last aku ckp kul 7pg td...dia terus bg time kul 5 operate...masa tu kul 2..terus arahkan 3 doktor yg ada situ buat 2 line...binatang apekah 2 line??doktor tu pulak berckp sama sendiri perlu ke 2 line?mcm susah bunyinya...2 org menggodek tgnku...nak pasang tiub kat tgn rupanya, wajib ngeri, tak semua org pandai cari urat nak masukkan tiub tu...doktor lelaki sebelah kiri berjaya, pompuan yg kanan, salah, so buat tmpt lain pulak...hadoi...redha je la...time nak ambik darah dr tiub yg dipasang , tak keluar lak darahnya, pekat katanya..aku tidak di benarkan bergerak sbb takut pecah, diorg bawak ke wad sementara tunggu operation teather panggil, hubby lum sampai sbb urus anak2, tak  mkn pun anak2 ku...aku nak bg amanda susu sebelum kena , kesian dia...sib baik sempat...kul 3 diorg sampai, sempt amanda minum susu, after that zarel lapar the so aku suruh diorg turun mkn...tak sempat pun diorg naik semula, aku dah di bawa ke OT...tak sempt jumpa, xpe la td dah salam cium pipi semua.
1st time aku masuk OT, ngerinye rasa...dr tadi baca ayat kursi tak benti, zikir, pastu tgk org2 lam OT semua besar2, semua lelaki...time bius sorg mamat suruh aku selawat dan baca alfatihah, pakar bius pulak suruh aku tgk mata dia sambil sedut oksigen...tu la last part yg aku ingat sebelum operate....
Kul 9 br aku sedar, org tgh salinkan bj aku, aku sedar tp tak dpt buka mata tak dpt gerak, nampk anak2 dan hubby kat depan samar2 pastu tutup mata balik...pastu gagahkan jugak bukk mata ckp dgn hubby, salam dan cium anak2, dah 4 jam diorg tunggu aku operate, lama tu.sabarnya diorg..love them all very much..amanda pun dah tido...diorg blk aku terus tertido...kul 10 br boleh bukk mata, tp malas nak gerak terus je tido...nurse nak buat apea pun buat la...setiap kali bgn aku teringatkan amanda, dia akan bgn beberapa kali mlm2 utk minum susu, camna la nanti aku xde...setiap kali aku jaga aku tau amanda pasti jaga...aku bacakan dia alfatihah sambil doa supaya dia tak terjaga...kul 5 aku sedar lg, ye time amanda bgn jugak...tak putus2 aku baca alfatihah utk dia, jgn la dia nangis...kul 5 mmg waktu rutin aku bgn...nurse dtg suruh aku pegi toilet basuh muka, tukar baju...nak suruh aku gerak agaknya...aku berjaya tukar bj dan basuh muka, pastu tido balik, hubby lambt lg, sabar je la menunggu...dr datang explain kat aku apa yg terjadi, setakat ni dari semalam dah 3 doktor dtg explain apa yg berlaku, takut aku trauma ke apa...katanya diorg dah buang sebelah tiub fallopio aku belah kanan, belah kiri still ada, ovari still ada, so aku ada 60% utk pregnant, 30% utk pregnant luar rahim lg..tp kali ni dr pompuan, br jumpa dr pompuan, dan katanya aku boleh balik hr ni..weee..kalau dulu aku nak dok lelama kat spital, tp kini aku happy sbb boleh tido dgn amanda mlm nanti....wee...sambil tunggu sempat mesej ila ckp cancel buat jubah, tak jadi pregnant...boleh..haha...buat mcm 1st planning...dia pun pening..ok je la jwbnya...kul 10 lebih  gak hubby sampai...amanda terus naik katil minum susu...diorg belum breakfast so nak turun breakfast dulu, amanda pun terpaksa ikut....after naik balik sambung nyusu balik, sian dia...pastu dia terus tido..kul 5.30 aku tanya nurse yg kebetulan dtg bukk tiub aku, bila boleh balik? Jawapan dia, kul 2 td lg boleh balik..lehhh...awatla tak bgtau, rupanya kena pegi tanya kaunter...hampeh...so aku siap2 sementara hubby gi settle bill...pastu pinjam wheelchair utk hantar aku ke parking, kena tinggal ic nak pinjam wheelchair tu....brku tau, bersalin normal lg best dr caesarian...sakitnya nak bergerak,gelak pun tak boleh, terhentak pun tak boleh, adoii...rezeki aku utk merasakan ke2nya...bersalin normal itu adalah lebih baik, allah maha kaya maha mengetahui, dia dah aturkan  dgn baik segalanya...rugilah org yg sengaja takmau bersalin normal tu sbb takut..kat rumah hubby la ambik tanggungjawab semua, handle amanda lg..aku tak dpt bergerak banyak, sakit sangat kat bahu, kesan dr ectopic pregnancy...perut pun still sakit, so tido je le...apepun amanda happy dpt tido dgn mummy semula...^_^^_^^_^











Thursday 1 May 2014

Achievement...

Pagi ni masa tgh bersiap nak keluar, belek2 ig jap...ternampak status terbaru 1 butik yg baru di buka kat damansara ni...about dia punya achievement...oh my...hati terus tersentak memikirkan diri sendiri...aku memulakan bisness online tatkala org lain br nak kenal internet...fb pun belum ada...promote pakai yahoo group masa tu...dlm thn 2007 camtu...tapi sayangnya aku buat sambil lewa hangat2 taik ayam...sedangkan masa tu aku start jual baju lama qisty, yg kubudget taknak tambah anak so better jual yg masih elok...dgn tak disangka sambutan amat menggalakkan...habis semua baju dpt kujual dgn harga dlm rm5-20 camtu je....after that aku mula beli baju kids borong dari nurza..pick a dress...pun mendapat sambutan...kesilapan aku, aku stop after aku tukar keje ke qdees, ye la tak semua company ko boleh sesuka hati buat keje sendiri kan...tak elok pun sebenarnya kan...so aku stop di situ...sedangkan org yg seangkatan dgn aku masa tu...masa internet hanya di pc, smartphone belum wujud lg..diorg tu semua dah bukak butik dan dah ada 2,3 butik sekarang...aku terus bekerja makan gaji jadi kuli org...still tak sedar jugak...ashanim juga seangkatan dgn aku...dah ada 2 butik, edast pun dah ada 2 butik, pick a dress pun sama....dulu aku beli borong kat rumah dia je...budak muda yg belum kahwin pun dia masa tu...now diorg dah kemana2...
So now, after 2 thn lebih berhenti keje, duduk rumah menguruskan anak2, barulah terdetik di hati untuk memulakan semula bisness...baru je last month dan kena start semula dr bawah...so bila tengok achievement dia ni...takpe la...pass is pass...sekarang aku jugak mesti kumpul aku punya achievement sendiri macam orang lain jugak...berhenti dari play safe...mesti move on...impian aku, akan kusediakan butik untuk anak2ku sorg 1, supaya diorg tak susah2 cari keje mcm aku dulu after graduate...sememangnya anak2 zaman sekrg tak segigih dan setabah anak2 zaman dulu...pun nampak cam tak boleh berdikari je anak2 aku ni...so akan kusediakan segalanya untuk hidup mereka di hari tua...good luck lisa....weeee...bahahaha :-)

 

Nota Kaki: Harap kengkawan sudi like page saya..tqq .:D AniLissCouture

Wednesday 30 April 2014

Pepero Non Halal

Topik yg agak mengundang gak ni...sbb ramai peminat2 pepero di luar sana, tak kurang juga ramai peniaga2 yg tambah stok berkotak2...camne tu?? Aku sendiri dok tercari2 pepero ni, malas nak beli on9...nasib baik jugak tidak di takdirkan aku jumpa bendealah ni di mana2, rasta xde, pasar pagi shah alam pun xde, supermarket pun xde...rupanya terletak di bahagian non-halal...omg...tak pasi betul ke tak tp bila di fikirkan, berlambak2 makanan yg di ragui kehalalannya bersepah kat tempat mknan halal...inikan pula memang dah di kategorikan di situ..for me kuterima makanan ni as non- halal je la...mula la terfikir brand2 lain yg byk dijual, halal ke idok? next time akan kusiasat isi kandungannya...nak beli brand lain yg lebih kurg camni pun dah takut..huhu :’-(

Monday 28 April 2014

Amanda Dress - My own project, my own design, my own brand

Sambung balik cerita angan2 businessku yg lepas...this week aku dah start jual baju2 yg kutempah, just ambik order sbb lum siap...1st tailor yg kuhantar agak mengarut la...tak begitu puas hati sikit dgn dia...sib baik aku try 10 pasang je...tp still boleh adjust...lum bawak pi adjust lg...no more next time for her...after that aku beralih ke Ila...tailor yg dah bertahun2 menjahit bajuku dgn penuh sabar melayan kecerewetanku....actually aku tak sangka lak Ila free utk jahit pukal...adoi...silap dekat situ...xpela...experience la semua tu kan...this time dgn Ila aku mmg puas hati...ye la..dia leh buat baju raya aku dah tentu2 dia pandai buat dress aku ni...baju siap dgn cantiknya and i love itt....:)

Iklan: sesapa berminat dgn dress si comel ni jgn memalu terjah la ke FBpage/Instagram AnilissCouture

                                                                                                                                                          

Sunday 27 April 2014

My new handbag

Dah lama teringin nak Chanel Boy ni...tapi tak berkepentingan sgt pun so takde la aku beria nak pegi beli kan....tapi tetiba roommate kesayanganku tgk cantik tertarik so ape lg terus dia grab...dapatlah kumiliki akhirnya...tqqqq mr hubby yg tak yah mintak pun beli...really appreciate it...muahhh...by the way sayang lak nak guna...simpan je lam dustbag tu...tunggu raya je la kot...




Sunday 20 April 2014

New pet

since last sunday lg bebudak & en hubby tertarik dgn kitten2 kat masjid tmn tun ni...atually aku yg nampak dulu dan terdetik dlm hati cantiknya kitten ni...tp tak sangka lak en suamiku itu ada intention  nak angkut balik rumah...tapi kesian lak dia masih menyusu, teringat amanda....so kitorg ckp, kalau next week ada lg kita ambikla...kalau takde tu means takde rezeki la....so this week sunday kucing tu ada lg dan mak dia cam dah tak bg susu...then hujan lebat dgn ribut bagai mak dia hilang...so my hubby consider mak dia dah tinggal diorg tu...so dgn susah payahnya kitorg bawak balik sekor...takut mak dia dtg balik dua2 takde kesian pulak...tp kat rumah si kitten ni punya la bising2...aku dah serba salah, apa sebenarnya dia nak..nak mak dia ke...so we decide to hantar balik...tp sebelum check gigi semua tgk umo...macam dah 8 minggu...then bila org pegang dia xde lak bising2...maybe taknak kena kurung ke...then we tukar plan...pegi ambik sekor lg...maybe rindu dgn sedara dia kan...kesian dia...but still check mak dia still ada ke camna...memlm buta pun jd kerja pi blk tmn tun tgk kitten...yg ni pun tgh bising2...kesiannya maybe rindu dgn sedara dia...mak dia mmg xde, dr td xblk ke camna xtau...so now tak pasal2 dah ada 2 pet...tambah lg kerje2 rumah...huhu..bukan senang nak jaga kucing, bebudak suka la main2....yg nak membersih rumah, toilet dan bekas2 makanan kucing tu mak bapak ni la....takpe la..maybe rezeki dia kat sini...


Tuesday 15 April 2014

Register business

Tetiba decided to go to SSM today for company registration...dulu2 buat utk kengkawan pakai internet je...memandangkan laptopku xboleh install pdf terpaksa jugak ku menapak ke KL bersama bodyguard kecikku....dah lama meniaga internet xpernah register..sedikit rugi kat situ tp xpe la...start fr now pun boleh...
Sebelum pegi dah confirm dulu betul ke ssm the mall still open sbb renovation, the mall pun dah tak wujud...but ssm still operated dan yg bestnyer xde org ramai cam dedolu..staff yg keje situ, kekakak tu boleh plak gi jenjalan kat bangunan sebelah tu...gi lepak minum2 la tu...sesuka hatiii...apepun setengah jam je settled kejeku...boleh balik...weee...hr ini dlm sejarah...terwujudlah companyku yg ke2 actually...10 years ago dah ada butik pengantin yg dah tak wujud lg gara2 xleh bg komitmen sbb keje dan xde transport yg sesuai utk angkut brg2...en suami xbg pakai kete dia..huhu...anyway harap yg ni berkekalan...in sya allah..:-):-):-):-)


takde org leh la lepak sana sini


Monday 14 April 2014

Isi slingbagku..

Point kat sini actually nak mintak slingbag baru...weee...kepada sesiapa yg berkenan nak belikan la kan...tp masalahnya begku masih elok...mmg best la beg ni, besi2 warna gold tak pudar, beg pun tak koyak, tak calar, tali tak putus, 1st time everla kudpt beg murah yg tahan lama tahan dgn aku yg lasak anak ramai ni..dgn rm160 ++ berbaloi2....org lain pakai beg ribu riban kott, terutama cikgu cikgi...aku ni sib baik hubby yg belikan, sendiri mmg xbeli la...but now i've learn to be like you hubby, worth-it beli brg mahal sikit...lebih berkualiti dan cantik...actually sekrg ni tgh berkenan dgn chanel collection, terutamanya ape boy collection tu ntah..off coz la inspired kan..tp ku dah tau xkan dpt sbb en hubby tak suka brg tiruan yg dibeli on9, takut rosak..tp harga not bad la..makan ratus jugak...aku dgn beg mmg ada sedikit masalah di situ, aku bkn girly girlish yg pakai handbag sangkut ketiak sangkut siku...it is so not me...aku ni jenis yg sempoi2 simple2 tp bkn low profile..boleh..aku hanya reti pakai sling bag...ye la nak dukung anak kot, sebelah lg nak pegang anak yg lain...mana cukup tgn nak lenggang lenggok bergaya dgn beg kepit tu... aku jgk mak2 org yg dlm beg kena ada botol air, pampers, kadang2 container biskut, disamping alat2 mekapku...disamping phonepad, beg duit, henfon dan wallet suami yg tumpang sekaki sbb seluar jeans dia ala2 nak kentut pun tak lepas sbb skinny...semakin lama semakin lawan tokey plak skinny dia tu...so bkn boleh beli beg cecomel yg byk kat pasaran tu...bila bayangkan cam mak jemah pun ada aku ni, kilik anak dgn beg sling yg gemuk gedempol cam poket doraemon tu..kadang2 kasut amanda pun ada lam tu...huahuahua....still beg poloku ini tak rosak dgn tuannya yg macam aku ni...so brand ni boleh di rekomen...satu lg brand nak di rekemen jugak....G.Davin yg dah ku wariskan kepada qistina sbb maknya ni xreti tukar2 beg setiap hari...sempt bawak beg pun dah nasib baik dah sesangat...actually di zaman remajaku duit ku isi lam poket suar jeans je, bukan jenis ayu2 yg bawak henbag tu...kekeke..bawak motor je pun haruslah rock kapak sikit..:):) bagi yg perasan dgn gaya aku ni....aku takkan pakai skirt girly2 yg tengah top tak kira zaman bila2 pun...tak reti mak nak jalan..it is so not me..anyway tangguh dulu la agenda beli beg baru, sayang kot beg kuningku yg byk berjasa ni..sumbatla selagi boleh, gaya dan kecantikan beg tolak tepi dulu...kecantikan diri sendiri tetap penting ok...now fokus utk beli rantai amanda jek....insyallah...harap impian jadi kenyataan...dan semoga ada rezeki nanti....:-):-):-)

isi begku...lum termasuk pampers, biskut, wallet dan henfon hubby, kasut amanda pun kekadang sumbat jek..

Wednesday 9 April 2014

My current project....

Sempena nak raya nanti...cam lama lg kan...tp di sebabkan tailorku yg sibuk memanjang, kena la bertindak awal beli kain bagai, so on last friday gi beli kain dan sabtu pegi tempah...nak dijadikan cerita, after tempah aku ternampak la 1 fesyen bj kids yg betul2 takleh hilang dr kepala otakku...seriusly walaupun pernah jumpa bj yg lebih kurg dipakai oleh model kanak2 on9....tp tau2 je kan bila budak pakai bj yg saiz budget nak pakai 5 thn kot...omg...tak menarik ok...seriusly yg ni memg buatku termimpi2, so on sunday terus tukar design bj amanda...
Nak dijadikan cerita lg...why don't we komersilkan...betul ke eja ni..hantam je la...so from that...mula la kerje2ku mensurvey tukng2 jahit yg berkaliber..dr sini aku belajar tentang jahit pukal, borong kain, borong lace...wahh hati dah berbunga ok.. my own boutique,my own brand, my own design....after inspiration dr asshannas, bokittahijab, lofalens, naelofar yg meletop2 tu...akan ku buat design yg sama pasni utk raya...weee, sfbysazzyfalaq, bajookoo, paduci dr rcw, sape lg, juma, jovian, micshka yg lum keluar fr hanis zalikha..and of coz house of dolls milik Fazura...omg, semua artis ada own design, own business, in fashion...bende yg aku minat dr dulu, so why not teruskn dlm bidang ni dprd bidang lain yg tak minat kan..:-):-)..sesambil flashback zaman dedolu...dr kecik lg baju rayaku semuanya di design sendiri oleh abah dan di jahit oleh mama...macam2 fesyen bajuku ada....senget sana senget sini, lapis sana lapis sini...after habis degree, dah keje, aku keje maybank, kat sana ada sorg secretary seksi yg pakai mini kurung...mak aku panggil kurung moden...cam design jovian mandagie...so after that semua bjku buat fesyen tu...aku tak perlu abah design lg, tak perlu mama jahit lg..semua tempah kat cina seksyen 16 shah alam masa tu...kengkawan yg keje kilang sebelah pun tempah paten yg sama...bangga siut..it is year 2000 ok..jovian pun lum ada lg...bangga jugak baju yg dah lama ku pakai baru nak glemer in 2013 and 2014...:-):-):-):-):-) so dah 13 thn aku pakai la kan...nampk tak cam ala2 riak tu...haha..layan je la...

kain yg kubeli...susah gak pilih sensorang...xpe la 1st edition anyway
Nampaknya pepagi aku xleh sambung tido sampai kul 10 lg...on tuesday tu bermula la tugasku utk beli kain...dah dpt beberapa tukng jahit, for 1st time ni aku ambik yg paling murah, paling cepat...xde kilang tp aku rasa cam boleh percayakan dia utk siapkan bajuku...try la dulu..so tuesday bawak anak2 gi jakel shah alam, borong kain, maybe jakel bkn tempt terbaik bg org business, tp since aku pun br nak start, xkisahla, later boleh gi borong sendiri kat china ke vietnam ke korea ke...:-):-):-):-)verangan jugekkk....gi jakel wajib bawak anak reramai utk jaga si amanda yg sekelip mata leh hilang dr pandngan...after that gi beli lace...so complete brg2 dah leh hantar ke tailor....so today hanya aku dan amanda je...pepagi lg dah ke rumah tailor, mmg mencabar..rumah dia tingkat 5 kott...tgn kananku dukung amanda tangan kiriku bawak kain yg berat berkilo2 tu...gigih kott..after that terus gi lowyat....from tmn dato harun to low yat...
sib baik jln tak jem kat hang tuah ni...
cam dah pusing lembah klang je aku ni...bawah amanda lak tu...bkn senang nak handle budak ni, sib baik hr ni di tak byk ragam...ragam dia bukanlah merengk menangis tempik bagai....tapi lari meninggalkan mummy kat mall, berdiri sesuka hati lam kete...huhu...tp breastfeed masa driving tu mmg normal la bg aku..pernah jugak terserempak dgn polis roadblock....menggelabah sambil cool...:-):-) dan lg mmg aku xkn masuk toll gate tunai...:-):-):-) tp 1st time kot aku masuk kl bawak baby hanya berdua..huhu...sib baik hr ni amanda baik2 je tgk tv...low yatt tu tak pernah termasuk pun dlm diary aku utk pergi, sorg2 lak tu...dgn kereta kesayangan en hubby masuk parking sempit...tp gara2 phoneku xleh detect internet by simcard, terpaksa aku gi pusat service asus kat sana....tp sedikit gumbira dihatiku bila di dapati tab kesayanganku ini xde masalah...simcard yg bermasalah rupanya....adoiii...lum settle jugk nampaknya....so menapak la ke tropicana, kupilih tropicana sbb tak ramai org dan dekat dgn rumah...lg sejam setengah je zarel dah nak balik sekolah...smpai di tropicana....parking kosong kat depan escellator, pelik jugak....aku pun park je la...rupanya parking utk women only dan touch and go user....fuhh sib baik betul...best lak dtg sini...dah tukar simcard br terus balik...settled urusan  hari ni....


ehh lum habis lg...after zarel balik, after lunch gi potong rambut aku...berthn kot tak potong...kali ni pasrah utk gondolkan kepala gara2 rambut gugur dgn teruknya cm org leukimia...len kali la gi jumpa doktor...:-):-):-) cina saloon tu tanya beberapa kali...betul ni nak potong??...Ah So yg tgh color rambut kat sebelah pun sibuk cakap sayang....takpe la...lam hati aku kalau boleh nak cukur atas telinga cam Nana mahazan tu....tp Nana je kot cantik camtu....tak kisah cantik pun janji aku suka actually...tp takut org sebelah rumah terkejut gak...posmen yg byk mulut tu pun terkejut lak nanti....huahuahua

inilah rambut baruku...letak muka retis ni mmg la cantikkan...tp xpe...i love my hair now...maybe akan kekal camni sampai bila2 kot....pakai tudung kott...nak rebonding rambut pjg pun sayang...end up kena ikat gak, rosak rebonding...end up cam makcik2 gak ikat rambut sepanjang masa....masa laki balik rumah je lepas rambut kenkonon cantik kan..bahaaahaha
**nota kaki, walau camnapun rupa aku dgn rambut ni...rasanya ni kot 1st time roommate aku puji aku comel...siannnn...hahaha...tqqqq bbanyak en.roommate...at least la kannn..

Sunday 6 April 2014

Casing...

Actually dah lama berangan nak pakai casing or cover yg ranggi2 funky munky yg berlambak kat pasaran tu...my interest is always great britain, xkira la brg apa sekalipun, asal GB je berkenan...:-):-):-) tapi apakan daya, cover2 tu semua hanya milik ip or samsung...ip la paling byk sekali...huhu...bkn tak minat ip tp...kalau aku kayaa..haha..anyway at last dpt gak casing phonepad ku yg susahnya yg amat nak cari...1 je ada kat msia buat masa ni..and i love it!..tq utk my roomate belanjer...semoga terus murah3 rezeki...color yg kupilih of coz la merah...always yg stand out from the crowd haha...

Jalan-jalan cari makan - SS2 Murni

Agaknya dah ramai kenal restoran ni...kitorg je yg baru tau..huhu...semlm masa bw byk review tentang restoran ni...semua ckp wajib pegi...so alang2 hr ni kitorg pegi digitalmall, tercapai la hajat nak try kat SS2 murni ni...actually dah byk cawangan dia tapi yg n i terdekat dan byk review dr blogger kat cawangan ni...
So..the result is, memang best, kalau dulu kitorg tercari2 pengganti restoran cik siti kat KL ni, now dah jumpa...walaupun kedai dia xde la segrand cik siti...makanan not bad...wajib pegi lagi dan lagi...

Kitorg sampai kat restoran tu kul 6..dr jauh dah nampak ramainya umat...kerusi lak dah pasang sampai kaki lima kedai2 lain..ada la lam 6 buah kedai kot...1 block...sib baik ada tempat kosong kat dlm..selamat sikit amanda xdpt lari2 sbb org penuh sesak, muat2 sorg jln je...
Apa yg best lg kat sini, after duduk dah ada pelayan ambik order, pastu tak sampai 5 minit air dah sampai...5 min pastu makanan lak sampai...pizza la 10 minit after that....kat sini semua jenis mknn pun ada, pizza yg mcm2 jenis, spagetti pun sama, chicken chop, mee, dan mcm2 lagi...nasi cmpur pun ada...dan yg mengejutkan portion setiap mknn tu byk giler, leh mkn 3 org...sib baik order 3 mknn jek..:-P ... mmg tak cukup sekali pegi, byk sgt menu nak cuba..:-):-) dan yg paling penting, harga dia berpatutan...range harga RM8 to RM18...

Air special kat sini..I love you, I Kiss You, Be Happy...RM5 gelas besar..bkn yg extra besar

Spagetti carbonara yg best...RM10
Dragon Pizza...rupa tak macam pizza pun..:)...yg ni ramai yg order...RM12
Mee Raja, pun yg famous kat sini...boleh juga tambah black paper chicken...RM8 kot...ke RM10 tak ingt sgt...

Tuesday 1 April 2014

Cuti-cuti KL to Sitiawan to Penang

Ini cerita minggu lepas...sempena cuti sekolah..biasanya kitorang tak join jenjalan cuti sekolah ni...serabut dgn umat kat mana2 destinasi percutian...tp kali ni cam xde aktiviti lak bebudak ni so we decide to go somewhere....actually perancangan 2,3 bulan lepas nak pegi JB....cam best je JB kan....pun tepi laut cam Penang....tp memandangkan dah lama my SIL bersalin tp lum pun pegi melawat, so we decide to go Sitiawan je...so that yg paling best dan dekat ialah Penang la after that...nak gak pegi Pangkor, bebudak suka la main pantai kan...tp bila memikirkan mak dan bapak budak yg suka jenjalan shopping....Penang la ape lg..so bermula la perjalanan kitorang yg tak di rancang pun...friday pun hubby masih keje lg....ingat dapat balik awal tapi busy la pulak...so kul 6.30 br bertolak dr rumah...kali ni ikut highway utara selatan....nama pun 1st time join jenjalan cuti sekolah, mmg tak puas hati betul dgn jalan yg jem...membuatkan kitorg lambat kat highway...dgn pemandu2 berhemah yg terkemut2 kat jalan...ramai org sabar kat dunia ni rupanya...len kali try jalan biasa lak kot2 tak jem kot...haih...kitorg sampai kat balai polis pekan gurney kul 10.30 malam..ok la tu...sempat la bebudak main2 sampai kul berapa pun tak tau...tak kuasa nak tunggu diorg tido..walaupun risau dgn keselamatan diorg di rumah sana yg tak berkunci....anyway as parent yg selagi boleh don't take things for granted dan mengharapkan anak2 terjaga sebaik mungkin...bukan ape taknak terhantuk baru tergadah kan...beberapa kali gak kitog bangun pegi check rumah sana...demi mengharapkan anak2 puas hati walaupun sekejap kat rumah cousin diorg....

Next day pagi2 lg dah bersiap nak teruskan perjalanan...tapi agak terlambat jgk sbb after breakfast tuan rumah dah masakkan lunch pulak...so after lunch gerak ke Lumut...alang2 dah sampai kan...dapat gak beli bende yg wajib...fridge magnet le ape lg....dan baju aq...sempat lg....pastu terus ke Penang....cuaca tidaklah begitu baik...kat highway hujan lebat selebatnya...tak nampak pun jalan....sib baik nak sampai jambatan tu dah berhenti...of coz la kali ni guna jambatan ke2...lebih panjang....tp xde byk sgt pemandangan kapal2 sekeliling sbb jauh dr port kot.....

....ok part ni la yg agak menarik...menarik ke atau menakutkan atau night mare....tak jugak kot....sesampai je pulau, after turun jambatan tetiba enjin kereta mati, takleh gerak langsung...sib baik sempat ke tepi...aduhhh...kenapoa lak ni....boleh start tapi mati balik....mesti bukan bateri...tai masa tu aku hanya fikir zarel yg lapar je...sian dia...aku xde la gelabah sgt...still cool..atau nak tunjuk cool lam hati ligat berfikir....sib baik sempat terfikir nak telefon quick save...tempat service kete kitorg...dia mmg tip top...degree la dlm menghandle caldina...so dpt info bahawa alternator yg rosak so kereta memang xde power...lam kepala otak ni ligat berfikir..pukul 5 petang hari sabtu masih kat tepi jalan...boleh je nak panggil tow truck tapi sape yg ada spare part caldina??...aku ambik gps dan search the nearest workshop...try start kete, dapat la jalan...so we try jalan ke nearest workshop...naik bukit la pulak dan jem la pulak..nama pun Penang....so kete pun terus mati kat Seamo-Rescam...nasib kitorg baik, allah tu maha besar nak tolong...datang apek cina yg agak tua nak tolong tolak..kebetulan ada ruang utk parking depan sikit...nak di jadikan cerita lg...berat la pulak kereta masa tu...tak gerak langsung..mmg pelik...tp aku fikir, aku kat depan kuil india ni...xpe la...ada sorang lg mamat McD delivery benti...so tolong tolak..still berat tapi sampai gak kat tepi...lam hati mengharapkan hubby tanya mamat ni wokshop terdekat...lam hati nak suruh mamat tu gi panggilkan...hehe...tp hubby lepaskan dia pegi camtu je...so tinggal apek ni aku pun menyibuk tanya time hubby dok tengah bercakap2 dgn dia...bukan ape bimbang en suami ku itu tak tanya lak apek cina ni...so apek tu bg la no kawan dia, bg dia ckp dgn kawan dia...after that dia blah nak ambik anak dia...alhamdullillah jugak ada apek ni...nak je aku bg dia hadiah kalau jumpa lg...beberapa minit kemudian datangla kawan dia...dgn konfidennya dia leh bawak kete tu....huh...agak menakutkan tgk dia press minyak sbb nak bg enjin hidup tapi sampai jugak at workshop dia....after that dia hantar kitorg ke Komtar, siap tunjuk tempat nak sewa kete in case kete tak siap malam ni...masa tu dah 6 lebih dah...aku pun risau apek ni still relek2 hantar kitorg dalam jem tu...bila masa nak cr spare part, disuruhnya kitorg jenjalan sementara dia cr sparepart....agak pelik gak perasaan kali ni...walaupun kereta mati tgh jalan, di negeri orang lak tu...kitorg still tak rasa down sgt....sbb bantuan tu cam tetiba je dtg dgn smoothnya..bagusnya org Penang....yg penting masa tu cari makan dulu utk bebudak ni yg lapar...after makan kitorg sempat shopping baju...window2 shopping tgk phone...then apek tu call bgtau sparepart dah dapat dan sempat siap malam ni.....alhamdulillah...allah dah mempermudahkan urusan kami...kami sambung shopping...hajat nak pegi digital mall tak kesampaian bila apek tu call kete dah siap...kul 8.30...kelam kabut berlari lak ke tempat apek tu tunggu....kos semua utk kereta ialah RM850..tak ternilai lg sebenarnya dgn apa yg kami lalui....macamana kalau mati tgh2 highway dlm hujan lebat...macam mana kalau mati tgh jambatan...tak pasal2 gambar tersebar penuh lam internet...allah maha agung...cantik je perjalanan kitorg hari ni....apek tu bg kereta, dia tunggu wife dia ambik....kesian pulak la dia menunggu kat tepi jalan ingatkan nak suruh kitorg hantar....ramai org baik2 dlm dunia ni sebenarnya...huhu....next time sampai penang mesti pegi workshop apekni...melawat dia..hehe...

Sambung perjalanan ke destinasi...batu feringghi...dah tentu2 kena bermalam kat sini...planning sebelum ni nak gamble je balik KL...so sekrg dah tukar plan...point sekrg pegi pasar malam...tempat wajib gak...tempat tido takde takpe lg janji leh window shopping....teruk sungguh ni...haha...tapi cuaca tak mengizinkan...sampai pasar hujan lebat so xleh jalan2...huhu...singgah kejap kat Factory Outlet Store..tempat wajib gak...beli baju aku dan Qisti...sesambil dalam kete dr tadi mmg aku dah google chalet ke hotel ke...zarel lak request nak mandi2, so tak boleh bantai2 ambik le...kena cari tepi pantai or swimming pool...ada byk kosong lg sebenarnya tp cam biasa la...aku mesti nak cr yg best dan murah...haha...at last dapat kat tempat biasa..tepi pantai Batu Feringghi...Ali Guest House....bilik yg cantik, baru, beraircond, kipas, tv, water heater, katil double decker yg besar plus queen bed lg....cukup utk kitorg anak beranak....cuma RM150...dekat sesangat dgn Park Royal tempat my BIL keje...datang nak jumpa dia jugak actually...something yg aku belajar, takyah booking2 pun ada je tempat kosong walau peak period...tp wajib ada internet kat tgn la...

ok semua dah settle...mandi2...siap2 utk pegi makan...dah 12 lebih pun...mata ngantuk sgt tapi takut anak2 lapar....kitorg gagahi jugak...so makan2 dgn BIL sekali...then balik tido...pagi2 besok agak lambat bgn tapi sempat la zarel mandi pantai..main2...kul 11 dah siap2 check-out nak gi shopping Georgetown dan makan nasi kandar....tapi sbb belum breakfast , singgah dulu tepi jln makan roti canai pastu pegi jumpa BIL say goodbye then Hard Rock..tempat wajib bergambar.....after that br heading to George Town....nak try tempat lain tapi tutup lak...so Line Clear jugak jd pilihan...ok next time kena try tempat lain...after makan2, ambik gambar...heading to Perangin mall...hubbyku nak sambung shopping...so kali ni hubbyku dapat la grab baju keje 2 helai plus jeans hitam idaman dia tu...semalam dah beli tshirt kat situ gak...macam la xde Sub kat KL kan...haha...after that pegi digital mall...xde yg menarik...at last my hubby grab jugak utkku Asus tablet yg kitorg tgk semalam...tak grab macam rugi lak..ecehh...aku 50/50 je dlm nak ke taknak..tp since hubby insist...ape lg...terima je la org nak belikan...tqtqtqtq....after that cari simcard utk qisty...actually dah pukul 6 tapi alang2 nak jugak cr simcard..so jalan lg....beli 2 sim card....kat sini kitorg kena tipu topup dgn cina tu...rm40 rugi....takpela...itu rezeki dia mungkin...anggap je la sedekah...hati geram tp sebab dah sampai ke tanah besar, dah kat highway dah...dah maghrib dah pun malas lak nak patah balik semata2 utk marah dia...bukan nak dpt balik duit pun...xpe la ada hikmah disebaliknya....lgpun dah jumpa org baik2 semalam, hr ni rugi sikit xpe la....byk kali gak kitorg lalu kedai tu after that...sbb tukar pampers la, beli makanan la..still tak sedar kena tipu..so mmg rezeki dia la...xpe la tokpek..aku ingat muka ko..nanti aku gi ambik gambar pos kat fb...haha...silap sendiri sbb boleh je topup on9 sendiri...gatal2 pegi suruh dia topup dan masukkan internet...mengong3...sampai rumah kul 1 kot sbb jln jem...esok leh ke pegi sekolah bebudak ni...mmg keesokan paginya semua lambat bangun..so ponteng la jawabnya bebudak ni....penat dgn jalan jem...len kali mmg kena jenjalan time org tak cuti...sanggup ponteng sekolah drpd penat2 camni...kena gak ponteng...anyway kali ni byk pengalaman dan pengajaran yg kitorg dapat...till then...destinasi seterusnya maybe JB, maybe langkawi lak...maybe Thailand....maybe la for this year...

posing2 kat line clear...dah ada parking baru kat belakang...dgn sedikit deco dan toilet..
at Sitiawan...quaters polis pekan gurney..
with ayah su at batu feringghi...
posing2 at HRC batu feringghi...