Kengkawan..TQ Love..

Monday 30 September 2013

Asam Pedas Kedah

Gara-gara menengok daun kesum yg merimbun kat rumah jiran sebelah ni hari2 aku teringatkan asam pedas mama....so hari ni pegi kedai kebetulan ada ikan kembung je...so terus rembat, tapi bendi xde la pulak..xdapat la letak...td terbaca status kawan kat fb nak buat terung bakar, cam best je so rembat la terung sekali.... dlm kepala otak ni, makan ke idak laki dan anak2 aku ni...takpe la...kugoreng ikan dan tumbuk sambal utk cover...so blk rumah google la resepi...kecik2 tak pernah masuk dapur tgk mak masak...sib baik zaman sekrg ada pakcik google...selamat....so layan je la resepi...


Resepi Asam Pedas Kedah

Bahan-bahannya:

Ikan kembung - dibersihkan 
2 keping asam keping
1 batang serai - dititik
kacang bendi 
beberapa tangkai daun kesum
sedikit air
Garam secukup rasa 


Bahan Tumbuk/Giling
5 tangkai cili kering - dibuang bijinya
1 sudu besar jintan manis
4 ulas bawang merah
sedikit belacan

Cara Membuatnya:
1. Masukkan bahan tumbuk/giling, air, asam keping, serai dan daun kesom ke dalam periuk. 
2. Masak dengan api yg perlahan sehingga mendidih.
3. Masukkan  garam secukup rasa, bendi dan ikan. Jgn masak terlalu lama supaya ikan tidak hancur.
4. Bila dah masak angkat dan hidangkan...


* Bendi boleh digantikan dgn timun atau ubi keledek
* Ikan ikut kesukaan anda
* Jika suka boleh masukkan hirisan bunga kantan.
* Jika inginkan lebih pedas tambahkan cili kering.

Sunday 29 September 2013

Diy Baby Safety Gate


Ok dah lama bersabar mengangkat amanda yg asyik nak main tangga...this weekend me and my beloved hubby yg gila tak bertempat ni dgn jayanya menyiapkan safety gate ni...actually dah seminggu aku google kot ada yg nak jual preloved...ada tp 150 lebih kurang...kitorang ni kedekut tak bertempat okay...semalam gi tanya kedai perabot lak...sama gak harga...blk rumah fikir punya fikir...jom kita beli kayu jek...kekeke....baju leh beli selai 200++..seluar jeans rm300 pun rembat..bj amanda sepasang rm180 pun rembat....haha...gaya mau ada...so beli kayu rm32+ cat rm20+ tenaga...tu je kos...so layan....

Potong penjuru utk jdkan 4 segi


paku kayu utk pagar2...sebenarnya kalau rajin leh la lubangkan frame tu so kayu tu msk dlm..xde la timbul kan..ni express dan malas punya version..:P
tadaa...siap dah pagar...tgh fikir nak color ape...
dah siap...tetiba sampai kedai hardware terpilih color hitam...belasah..
Tak puas hati gak tak boleh panjat memanjat lg..
beberapa kali percubaan utk menembusi pagar..

Thursday 26 September 2013

Info Ubat Gigi...



Just now terbaca kat fb tentang ni...so i just copy paste sini...camna la nak check ni sbb dalam kotak...huhu

Pasti ramai yang tidak tahu menahu berkenaan dengan kod warna yang terdapat pada ubat gigi yang setiap hari kita gunakan.
Jadi dikongsikan kepada anda semua.

Jadi kod warna itu adalah :

MERAH = BAHAN SEMULAJADI + BAHAN KIMIA

BIRU = BAHAN SEMULAJADI + BAHAN UBAT-UBATAN

HIJAU = BAHAN SEMULAJADI SAHAJA

HITAM = BAHAN KIMIA KESELURUHAN

p/s : Just share kongsi apa yang telah dibaca.Untuk pengesahan lanjut sila hubungi doktor gigi berhampiran anda.

Tuesday 24 September 2013

Analisa Untung Rugi Ibu Bekerja


Tertarik dgn article dari Warga Prihatin (prihatin.net.my)...minta izin utk kopi pasta ye....article yg sgt2 penuh info dan sgt2 mencetuskan huru2 kepada komentar2 yg terdiri drpd ibu2 berkerjaya maupun yg tidak...juga bapa2...hot3...for me...it is soooo truee....jom baca sampai habis...agak panjang but believe me sgt padat dgn info...but no heart feeling...setiap org ada pandangan masing2...

ANALISA EKONOMI DAN UNTUNG RUGI ISTERI SEPENUH MASA


Artikel “Suri Rumah - Kerjaya Besar yang dilupakan” telah mendapat view yang sangat banyak sekali. 95% bersetuju dan 5% lagi tidak setuju. Dari kalangan yang setuju, 70% meminta penjelasan tentang perlaksanaannya dari kacamata kami sendiri.


Sebelum itu, kami nak beri disclaimer awal untuk mereka yang kadangkala baca tajuk sahaja dah melatah. Kami bukan atas sebarang niat untuk memperlekehkan suri rumah bekerjaya tetapi kami menampakkan rasional pilihan untuk kerjaya suri rumah sepenuh masa. Juga ada yang tak baca tetapi sering pula bertanya, bagaimana dengan kerjaya seperti jururawat, bidan yang sewajarnya wanita? ITU JUGA KAMI DAH RANGKUM dalam artikel ini. Cuma perlu baca sampai habis sahaja.

Mari kami bantu anda dalam membuat sedikit kira-kira yang MUDAH dan RINGKAS supaya anda sendiri mampu membuat kira-kira dari sudut guna anda sendiri. Kesemua 20 orang co-founder Prihatin juga bersama 20 orang isteri kerana kami tidak datang menggalang misi pembangunan akhlak Warga Prihatin ini secara sendirian. Maaf, kami bukan semuanya orang senang. Ada antara kami yang suaminya bergaji hanya RM1200 sebulan dan ada yang suaminya berpendapatan sangat tinggi tetapi tetap memilih untuk jadi suri rumah sepenuhmasa.

Tahun 2014 adalah tahun Wawasan Kemerdekaan isteri-isteri kami semuanya untuk menjadi suri rumah sepenuhmasa. Hanya tinggal 3 orang sahaja lagi yang masih bekerja bagi menghabiskan kontrak dan tanggungjawab mereka kepada kerajaan. Selebihnya telahpun berlepas diri.

IBU BEKERJA ITU MEMBAZIR ATAU MEMBANTU?

79% ibu yang bekerjaya membelanjakan lebih 70% gaji untuk diri sendiri. Contohnya seperti beg tangan, kasut, pakaian baru, wangian, rambut dan macam-macam lagi. Pastinya kami sendiri tidak lupa membuat pengiraan tentang itu. Mari kami kongsikan pengiraan yang boleh dijimatkan jika isteri terpelajar beranak 3 anda tidak bekerja di luar.

1. Kereta / kenderaan kedua = RM600 sebulan
2. Penyenggaraan kereta = RM100 sebulan
3. Minyak, parking & tol kereta = RM 500 sebulan
4. Tusyen anak-anak / guru mengaji dll – RM400 sebulan
5. Pembantu rumah / pengasuh dll – RM900 sebulan
6. Beli makanan luar – RM600 sebulan.

JUMLAH RM 3100

Sekarang, jika seorang suri rumah mampu mendapat gaji sebesar RM4,000 sebulan sebenarnya beliau hanya menyumbangkan RM900 sahaja dalam ekonomi rumahtangga.

Nanti dulu, tak mungkin pergi kerja pakai baju sama hari-hari kan? Mesti nak beli baju kerja, kasut kerja, beg tangan kerja, telefon pintar, alat solek, data plan mobile internet, tudung ikut fesyen dan banyak lagi. Semua itu bila dihitungkan tak berbaloi langsung. Suri rumahpun melaram juga sekali sekala, tetapi taklah perlu sampai setiap hari baju berlainan. Asalkan bersih dan tak comot sudah cukup gembirakan suamipun.

Jengah-jengah sedikit luar tingkap pejabat, nun di tengah Kuala Lumpur ada sebuah kawasan di panggil Bukit Bintang. Isi dalamnya kebanyakan barang-barang wanita. Prada, LV, Ferragamo, Birkin, Burberry, Jimmy Choo dan banyak lagi. Semua itu adalah sasaran kad-kad kredit wanita bekerjaya tadi. Untuk golongan pertengahan pun sama sahaja, jika pergi ke Parkson dan Jusco, anda lihat bahagian lelaki cuma satu sudut sahaja tetapi bahagian wanita sahaja sampai 2 tingkat.

Tak semua yang macam itu, tetapi kami sekadar berikan contoh. Bagi yang tak begitu, sila buat perkiraan sendiri untuk lihat adakah benar-benar anda telah menyumbang kepada ekonomi keluarga atau hanya untuk diri sendiri? Anda semua mungkin tidak, tetapi berdasarkan kajian kami sendiri dari kes-kes yang merujuk kepada kami, kami tahu gambaran makro kisah ini.

Kami tak tahu anda bagaimana, tetapi ini adalah perkiraan yang kami buat di kalangan warga kami sendiri yang telah dan bakal menjadi suri rumah sepenuh masa. Bukan kecil anak juga gajinya, ada yang meninggalkan gaji sehingga RM5-6 ribu sebulan sedangkan suaminya hanya berpendapatan separuh dari itu. Itupun mereka ralat kerana sepatutnya mereka sudah lakukannya awal dahulu lagi. Sekali lagi, kami tak bercakap tentang orang lain, kami bercakap tentang apa yang telah kami lakukan dan kami dapat lihat hasil pengorbanan itu sehingga artikel semalam tentang "Berhala Anak" ditulis oleh anak kami berusia 12 tahun. Beliau bukan genius tetapi beliau hanya salah seorang dari anak-anak kami yang mendapat sentuhan ibu-ibu kandung dan ibu-ibu angkat sepenuhmasa.

Tujuan mulanya untuk membantu mengukuhkan ekonomi rumahtangga, akhirnya menjadi bebanan pula. Ini belum lagi dengan anak-anak sendiri dididik oleh bibik-bibik yang tak tentu arah dan tak tahu asal usul mereka. Ingatlah, pembinaan anak kita berlaku HANYA sekali saja. Sekali ia terabai tak boleh kita putar semula masa. Kerugian kekal `yang ini’ tiada nilai dan tebusannya.

Sehebat-hebat Saidatina Khadijah r.a. yang kekayaan perniagaannya sahaja lebih separuh harta yang ada di Kota Mekah, setelah berkahwin dengan Nabi s.a.w. terus resign jadi suri rumah sahaja. Pada pandangan awam, mereka ini macam tak berkerjaya sedangkan suri rumah itu sendiri satu kerjaya yang sangat besar di sisi Allah dan suami.

Sekarang cuba hitung-hitung pada diri sendiri. Anda keluar pagi balik malam untuk hanya penambahan beberapa RM sebulan. Kononnya untuk membantu ekonomi Sang Suami. Ada suami yang bergaji sampai RM10 Ribu tetapi masih isterinya mahu bekerja kononnya RM10 Ribu itu tidak mencukupi. Percayalah, jika suami anda bergaji RM 1 Juta sekalipun jika gaya hidup anda berubah mengikut pendapatan ia tetap tidak mencukupi. Gaya hidup itu adalah AGAMA, terbaik ialah cara hidup Islam.

Antara tanggungjawab besar seorang isteri ialah redha dan menerima apa sahaja yang suami mampu. Jika pendapatan suami hanya RM1 Ribu, janganlah ubah cara hidup nak ikut kawan-kawan yang suaminya bergaji RM10 Ribu. Itu yang jadi tak cukup.

Itu juga perangai tipikal wanita sepanjang zaman. Pantang jiran sebelah beli sofa baru, kita pun nak sofa baru juga. Pantang jiran beli kereta baru dia pun nak juga. Sang Suami pula kena pacu segala macam cara agar permintaan isteri itu mampu dipenuhi. Jika tak mampu juga, nanti Si Isteri minta izin nak bekerja untuk bantu penuhi GAYA HIDUP dan bukannya keperluan.

Lagi mengharukan, jika isteri yang meminta melebihi kemampuan suaminya memberi tekanan kepada suaminya sehingga suaminya terpaksa memesong diri berkhianat dalam tempat kerja, mencuri, berasuah dan membuat kerja-kerja haram semata-mata untuk memuaskan hati isteri.

BERKAT bermakna mencukupi. Mengapa rezeki tidak berkat.? Masih ingat Ramadhan al-Mubarak? Di sini, kami didik isteri-isteri kami untuk tidak meminta-minta dan PUASAkan kehendak mereka.


PERUBAHAN GAYA HIDUP MERAWAT INFLASI

Pengurangan segala perbelanjaan tambahan untuk isteri yang berkerja tu akan mengurangkan permintaan. Ini akan MENURUNKAN HARGA PASARAN. Yang merungut nak bayar hutang kerana ada dua tiga buah kereta dah tak perlu lagi. Anak boleh naik bas sekolah atau suami naik motor atau komuter. Atau isteri di rumah pakai kereta hantar suami ke stesyen dan anak sekolah. Belanja kurang, harga turun dan hubungan keluarga makin rapat dan mesra.

Bagi memenuhi fardhu kifayah, tidak semua isteri boleh melepaskan kerjaya kerana negara dan umat pun perlukan mereka juga. Tapi bila ramai yang sudah berhenti, kerjaya di rumah boleh jadi ganti. Bila isteri ramai di rumah, kejiranan pun jadi meriah. Anak boleh titip dengan jiran sahaja. Tidaklah lagi taska membuak-buak sampai anak tidak terurus. Silap silap basuh dan gosok kain baju dan makan tengahari pun boleh upah pada jiran. Kos ibu yang berkerja juga jadi murah meriah. Tidak gitu?

Kami tidak menolak kerjaya-kerjaya yang memerlukan penglibatan wanita. Jika mak bidan pun beri pada lelaki, kamipun tak mahu isteri bersalin pula nanti. Jangan jumud dalam hal itu. Salah seorang jurutera senjata peperangan Sultan Mehmet Alfateh juga adalah seorang wanita.


GODAAN & FITNAH ISTERI BEKERJA

Ramai kalangan kita membaca Quran dan hadis untuk mencari alasan menolak perlaksanaannya. Kami terbalikkan prinsip itu. Semua firman Allah dan sabda Nabi s.a.w kami cari rasional perlaksanaannya. Kami anggap SEMUA AYAT dan HADIS adalah PERINTAH, bukan cerita kosong. Jika Sabda baginda bahawa tanda akhir zaman ialah ramainya wanita berkerjaya, jika Allah kata isteri harus dirumah mengurus rumahtangga, SIAPA KITA untuk menafikannya.? Bukankah kita ini hamba yang mengikut perintah?

Semasa dalam ruang kerja, pasti ada pelbagai godaan. Tidak kira lelaki mahupun perempuan, anak dara ataupun bini orang semua tak terlepas dari fitnah dan gejala. Apatahlagi kerjaya yang memang mencampur gaul wanita dan lelaki, bahkan memerlukan kita gedik dan seksi. Kalau tidak tak lah kita baca penceraian artis saban hari.

Percampuran Lelaki dan wanita itu ada caj –ve dan +ve, ibarat minyak dan api. Jangan didekatkan langsung nanti menyambar dan terbakar. Untuk elakkan kebakaran berlaku, JAUHKANLAH api dengan bahan bakar itu tadi.

Isu dalam dada akhbar, statistik dari mahkamah dan Kebajikan Masyarakat sahaja sudah cukup menjadi bukti perceraian yang banyak berlaku disebabkan oleh “AFFAIR TEMPAT KERJA”. Antara yang pernah singgah dalam pengetahuan kami apabila ada isteri (suami juga tak terkecuali) yang berfikiran dalam tempoh 8am-5pm mereka BUKAN ISTERI dan mereka bebas melakukan apa sahaja. Di rumah, baru mereka akan kembali sebagai suami atau isteri.

Bayangkanlah isu berapi begini terjadi di sana dan sini. SUAMI pula menggatal dengan orang lain dek kerana layanan isteri dah jadi hambar di rumah lantaran kepenatan bekerja siang hari. Kadangkala balik ke rumah seperti orang bujang, semuanya hanya layan diri sendiri sahaja. Di mana syurga rumahtangga? Mana bidadarinya? Hujung-hujung, pembantu rumah yang tak ada rupa sangatpun, yang tiada pelajaran sangatpun jika menggedik lebih kurang atau terbuat konon-konon keluar bilik air bertuala tanggung habis dilayan Sang Suami yang gersangkan layanan isteri yang sah.

Itulah buah kerosakan akhlak anak-anak generasi penerus yang bakal hidup dalam kerosakan bersama anak-anak anda yang tak rosak itu. Akhirnya, anak yang tak rosak juga akan rosak. Berkubang dalam kolam lumpur yang sama, mustahil terpalit sedikitpun tidak.

Sekali lagi, tak semua begitu atau kebanyakannya baik-baik belaka. Cuma kami suka menjadi sedikit paranoid kepada sesuatu kebejatan yang fatal. Baik kami sampaikan berita terburuk untuk kita ingat berbanding kami hanya sentuh berita kurang serius dan anda sidang pembaca merasakan ianya tidaklah serius sangat. Work for the best, Prepare for the worse


KEMBALI KEPADA FUNGSI ISTERI

Anda tahu bahawa ada 3 istilah isteri dalam quran? Iaitu Nisa’, Aswaja dan Amaraat. Itu ada kaitan dengan fungsi isteri. Kami tak boleh huraikan sekarang, nanti anda komplain artikel panjang sangat. Bukan semuanya minat membaca, mengkaji jauh sekali. Ramainya cuma minat gosip dan mencari alasan.

Jika suami menjadi arkitek rumahtangga, isterilah kontraktornya. Jangan komplen fitrah yang Allah telah tentukan itu. Suami menjadi pemimpin dan isteri menjadi pendidiknya dan anak adalah hasil kepimpinan yang diterjemah melalui pendidikan oleh Sang Ibu itu. Suami ialah Abal Haqam (Bapa Hukum) ibarat nakhoda yang menentukan destinasi pelayaran dan isterilah pengemudi bahtera itu.

Ibu teragung kita ialah Siti Hajar dan suami beliau ialah Nabi Ibrahim a.s.. Selepas melahirkan Ismail a.s., nabi Ibrahim a.s. meninggalkan Siti Hajar dan Ismail di tengah padang pasir dengan bekalan ILMU sahaja. Dengan ilmu itu, Siti Hajar mampu didik Ismail menjadi seorang nabi. Siti Hajar tidak pergi jauh dari Ismail AS. Secara geografi, jarak antara Bukit Safa & Bukit Marwa dan telaga zamzam semuanya dalam jarak seperlaungan tangisan seorang bayi sahaja. Siapa berani komplen model keluarga Nabi Ibrahim ini? Sekarang ini, dalam takliq nikah pun dah ada lafaz jika ditinggalkan lebih 4 bulan kamariah, isteri boleh tebus talak RM1. Nabi Ibrahim dahulu, tinggal terus Siti Hajar selepas dijelaskan visi dan misi bagaimana dan apa nak dijadikan kepada anakanda baginda, Ismail A.S. Jika nak dikira nafkah batin, nyata sekali nafkah batin yang suami dan isteri moden fikirkan ialah menjurus kepada hubungan seks sahaja sedangkan apa yang dipraktis oleh Nabi Ibrahim ialah "ILMU". Itulah nafkah batin Nabi Ibrahim kepada Siti Hajar.

Jika berani pertikai, silalah komplen cara Nabi Ibrahim tu.

Cuba kita bayangkan Siti Hajar seorang yang bekerjaya. Siap outstation luar Negara sampai berminggu-minggu. Mungkinkah seorang nabi mampu untuk dihasilkan? Fikirkanlah sendiri, kita mahukan anak berakhlak sebaik nabi, tetapi beralasan itu dan ini untuk menjadi suri yang mengabdi kepada suami walaupun dalam keadaan ketiadaan suami di sisi.

Terlalu banyak yang mahu kami ceritakan, dan terlalu sedikit ruang yang mampu kami coretkan di sini. InsyaAllah kami boleh kongsikannya dengan panjang lebar bila kita buat bengkel parenting nanti.

Ini sahaja sudah sangat panjang dan kami harap, ia berbaloi untuk anda baca dan kongsikanlah kepada mereka yang masih lagi mencari-cari jawapan dan penyelesaian.

Nukilan
WARGA PRIHATIN

Sunday 22 September 2013

Makan2 @ Island BBQ


Mlm td my family and adik2 mkn2 kat Island BBQ utk kali yg-2...kalau dah kali ke2 tu nampak cam best la kan tempat ni...mmg best..tempat mkn yg selesa, murah, ada kemudahan seperti parking, toilet dan surau...
Restoran ni terletak kat kg melayu subang...cewahh cam rancangan jln2 cr mkn lak...just a little bit info bg yg tgh survey nak mkn kat mana...tempat ni konsepnya steamboat, bayaran rm21.90 utk dewasa dan rm9.90 utk kanak2...yg bagusnya dia akan tanya balik masa nak byr tu...kanak2 ni mkn ke tak, kalau tsk mkn takyah byr...biasala bdk2 main je lebih, mkn pun memilih...boleh ambik sesuka hati brp byk nak ambik...ada ayam, daging, sotong, aneka fish ball dan segala ball2 semua, sayuran, mushroom, nasi lemak, kueteouw goreng, nasi goreng...dan desert ice cream...ni pun leh mintak kalau nak lg dan lg...best kan...jauh bebenor beza dgn Restoran Nelayan yg glemer gebus gebas tu...baik dr segi harga, rasa, service dan environment...bygkan msk steamboat dlm dewan...bkn satu meja berpuluh kot meja, confirm berpeluh2....kat sini mmg selesa...mkn la berapa byk yg kita nak dalam masa 3 jam...tak larat kot nak mkn sampai 3 jam...so sesapa nak mkn steamboat pegi la sini...berbaloi...






Saturday 21 September 2013

Beg sekolah baru

Agenda hari ni pepagi lg after cousin keluar je dr rumah aku utk blk ke kedah...smlm diorg singgah tido, beli spare part kete, then terus ke quick-save utk service kete...sib baik tak ramai org...after that terus ke jusco utk cari beg sekolah qisty..sape la beli beg sekolah di bln 9 ni kan...lg 2 bln je pun nak sekolah...harap2 beg sekolah ni boleh sambung ke thn depan la berpadanan dgn harganya...

tak habih lg minat sasha..layan...

sempat gak pau daddy dgn ben10, mummy pun kena pau daddy gak utk beli almari baru ikea nak simpan menan2 dia
tension tak dapat berlari
beg yg dah koyak gambar kat atasnya...

Friday 20 September 2013

Bayi maut Di Tangan Pengasuh...lagi...

Baru je tgk berita di rtm..bayi maut di tangan pengasuh taska di sekitar wangsa maju...yg sedihnya...masa bapak dia dtg ambik tu, anak dia dah terkulai...ni berita yg ku copy dr KLtoday..

Gambar dr KLtoday
“Saya lihat kepalanya sudah terkulai ketika meletakkannya di kerusi bayi di dalam kereta malah muka dan bibir sudah kebiruan malah ketika menjerit memanggil namanya pun anak saya tidak membalasnya,” kata Muhamad Norman Rosman, 26. bapa kepada bayi lelaki berusia tujuh bulan yang maut di pusat asuhan kanak-kanak di Wangsa Maju, di sini, semalam.Bayi malang itu, Muhamad Qhaliff Muhamad Norman disahkan oleh doktor meninggal dunia dua jam sebelum bapanya menjemput anaknya itu kira-kira jam 5.30 petang semalam.
Menceritakan kejadian itu, Norman berkata, dia menjemput anaknya itu seperti biasa di pusat asuhan terbabit dan menyangka anaknya sedang tidur.
Menurutnya, bagaimanapun sebaik masuk ke dalam kereta dia terkejut apabila kepala anaknya terkulai sementara muka dan bibir kebiruan.
“Saya kemudian meminta penjelasan pekerja di situ namun jawapan diberikan mengecewakan kerana mereka memberitahu tidak mengetahui apa yang berlaku kepada anak saya.

“Bimbang dengan keadaan Qhaliff saya terus menghantarnya ke sebuah klinik swasta berhampiran sebelum doktor mengesahkan anak saya sudah meninggal dunia lebih kurang dua jam,” katanya ketika ditemui di perkarangan bilik mayat Hospital Kuala Lumpur (HKL), di sini, malam tadi.
Norman berkata, dia sekali lagi mendapatkan penjelasan daripada pekerja pusat asuhan itu dan memaklumkan kejadian menimpa anaknya.
“Ketika itu baru mereka memberitahu anak saya sebelum itu ada mengalami muntah darah namun mereka menyangka tidak serius dan tidak memaklumkan kejadian itu kepada saya dan isteri.
“Tindakan mereka tidak memaklumkan kejadian itu mengecewakan saya kerana sejak lahir anak saya tidak mempunyai masalah sebaliknya hanya sukar minum susu,” katanya.
Beliau berkata, dia menghantar anaknya itu bersama seorang lagi anak perempuan berusia dua tahun kira-kira jam 11.30 pagi.
“Ketika itu anak saya ceria dan bermain dengan kakaknya seperti biasa. Namun tidak menyangka perkara ini terjadi dan saya juga sudah membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju untuk tindakan selanjutnya"

Harap2 semua ibu bapa yg hantar anak ke situ tau kes ini dan pindahkan anak2 ke tempat lain...tak kira la salah siapa atau dah memang ajal tapi aku tak sanggup nak bg anak kat tempat yg dah ada rekod camtu...tak sedar baby meninggal pun dah menunjukkan diorg tak prihatin dan tak ambil berat means tak jaga betul2...sebagai ibu aku faham perasaan mak bapak budak tu, dan dah tentu2 mak bapak budak tu lg sakit mengenangkan baby diorg....syukur, allah bukakan pintu hati aku berhenti keje dan jaga sendiri anak2, terlalu byk perbezaan anak yg kita jaga sendiri dgn anak yg org jaga...ni pendapat aku utk anak2 aku sendiri...bila dgr kes2 tersedak susu ni selalu aku teringat, dulu masa pegi ambik qisty kat taska, dia tgh tido dlm buai dan botol kat mulut dia....dah 10 thn berlalu..sekarang br aku tau bende2 camtu tak elok di amalkan, bahaya...nasib baik xde ape2....tak bermakna kita bekerja kita byk duit dan tak keje takde duit... dan percayalah, rezeki tu dtg dr pelbagai bentuk, utk aku...dgn berbakti kepada anak2 dan suami, rezeki akan lebih melimpah ruah..alhamdulillah...bukan nak suruh org berhenti keje jaga anak...setiap org tak sama kan...aku dulu pun 2 thn gak berfikir nak benti keje...husband pun tak bagi...tp duit cam biasa je, hujung bulan habis, tunggu gaji lagi, camtu la seterusnya....buat on9 business lg.....after dah benti keje, boleh je hidup dgn sorg keje, boleh je shopping sana sini, takyah pun tunggu2 gaji next month...dan takyah nak buat on9 business pun..(bukan taknak buat tapi xde masa dgn keje2 rumah :P) that's why aku percaya, buat baik di balas baik...:D ntah ape2 peribahasa..haha

Thursday 19 September 2013

Giler DM

Arrggg...pengsan ku tgk koleksi DM ni...sekrg tgh gilerr3 dgn Dr Martin boots ni...dah xde giler converse lg dah...but still confortable dgn converse..tp teringin giler dgn DM...tak beli utk diri sendiri pun xpe janji dpt beli...org 1st yg akan dpt dah tentu2 Amanda dan Qisty...comel giler kutgk Opi Atita pakai...huhu...semoga di murahkan rezekiku utk grab this...hehe


New foundation

Tak leh blah nak gak pos sini...sebagai menghargai jasa baik mr hb belikan wife dia ni bedak baru...tq love...2 way cake ni mmg yg dah lama ku pakai..mmg best, en hb pun tumpang sekaki...this time ada offer, dpt free refill...kan dah leh pakai berbulan2...foundation ni br nak try...by the way i like revlon, lipstick pun sama, hanya revlon je ada yg matte..tapi baru2 ni maybelline dah kuar lipstick matte..suka3....senang nak cari di mana2 farmasi...actually kalau daku seorg selebriti, xde lak kupakai revlon kan, harus la mac ke, cd ke...huhu...syukur dgn apa yg hado..surirumah je kot..bazir je pakai memahal kat rumah (kalau mampu belasah jugak.hehe)...anyway mak kena maintain cantik hokay...

Wednesday 18 September 2013

Puding Roti Marble

Hari ni nak kongsi resepi puding roti marble...alang2 roti dah nak expired dan bebudak ni tak sempat mkn, so kutransformkan roti jd puding...xde pun org lam rumah ni minat puding walaupun maknya minat membuat, akhirnya msk perut sendiri gak la puding tu..anyway dah xyah mkn nasi dah utk 2,3 hr ni...weee maintain kurus mak..ok jom layan resepi...


Resepi puding roti marble


Bahan2:
12 keping roti yg di siat2-kuguna 8 jek sbb tu je yg ada, so kurangkan susu
2 cawan susu sejat/susu segar -kuguna susu tepung sbb rumah ni mmg kaya dgn susu tepung
4 sb susu manis
1/2 cawan gula halus (boleh kurangkan)
2 biji telur
3 sb tepung jagung
2 sb mentega/majerin
1 sk esen vanilla
1/4 sk garam
100 g choc. cair / 3 sb serbuk koko (utk corak marble)
pewarna merah,kuning,hijau (utk corak pelangi)

Caranya:
Satukan kesemua bahan kecuali choc dan pewarna di dalam mangkuk. ( kusumbat je semua msk blender, xyah mangkuk2 dah)
Kisar bahan-bahan tadi hingga halus. Bahagi adunan kepada 2 bahagian dan bubuh choc pada 1 bahagian. Marblekan adunan berselang-seli warna di dalam loyang yang telah digris keliling. Kukus puding hingga masak selama 30-35 min. Biarkan puding sejuk di dalam pengukus, dah sejuk boleh makan..


Thursday 12 September 2013

Lisa - Sep 2013

Tgk entry cam nak cakap psl diri sendiri lak...actually nak cerita pasal majalah Lisa yg aku beli awal bulan hr tu...tak pernah beli pun tapi bila ternampak muka Keknis kat depan terus terhenti nak tgk lg, then terbaca tajuk2 nampak cam menarik so beli je le....bila wassap hubby tunjuk majalah ni, soalan pertama dia...nape beli? sebab ada nama awak ke?..huhu...soalan tu wujud sebab aku ni takde masa pun nak baca majalah...asyik berkepit dgn amanda je 24/7..basuh baju, lipat baju, simpan baju, kemas rumah, mop lantai, masak pagi tghri, petang malam, kemas dapur, bagi anak2 makan..anak2 walau dah besar, nak gak sendukkan nasi, sendukkan lauk, tolong letak kicap tolong gaul...nahhh..buat susu lg...kali ni aku curi masa gak baca, merajinkan diri sendiri...jom kita semak apa yg ada kat dalam Lisa sep 2013...

Cover - Hanis Zalikha yg cantik...

Hotline adalah cerita artis yg baru kahwin...serius aku tak tau Jehan Miskin dah kahwin...dgn bukan melayu...tapi lum siasat korea ke jepun ke..huhu..yg lain2, Hattan dgn ex-wife, Izzue Islam dan Ammar Asyraf, dan berita sensasi Ashraf Muslim pastinya...takde nak komen ape2 psl ni...dia pun hensem kan..dan ada lg 2 koata leh isi...dan jgn marah, serius ku tak berapa setuju dgn Izzue Islam...takpe la...stop kat situ je la kan...sape2 yg memahami tau la kan..



Next picture..saje ku letak gambar keknis dgn dress ni...baru2 ni ku selongkar almari terjumpa baju ni yg pernah ku beli dulu tapi xleh pakai sbb buruks sesangat dgn badanku yg agak gems ni....tapi bila dah kurus sikit ni mula la cr balik baju2 lama....now dah leh pakai...yeeehaaaa...happy333...


Next yg menarik ialah remedi utk spa rambut di rumah...yg menariknya bahan2 semua aku dah ada...madu yg melambak tu dah lama terbiar camtu, tp sempat ke nak buat?? akan ku usahakan... nak tau lebih lanjut kena la beli majalah ni, byk lak nak cerita sini... madu+kuning telur+avocado leh rawat rambut rosak... madu+minyak zaitun leh membuat rambut segar bersinar..dan telur+yogult merawat ra,but kelemumur...



Yang ni lak senarai Universiti Malaysia terbaik Asia 2013...jgn memain, U kat Msia ni boleh tahan jugak tau...yee haa UPM ku di tempat ke-4 Msia dan 72 Asia..not bad...salute UM...dr dulu mmg power pun..yg penting UPM jugak bukan calang2 tau..hehe..bangga sekejap jd exstudent UPM..


Last sekali cerita pasal Hero malaya pujaan hatiku ni...tak lain tak bukan Fizo...semua cerita tentang Fizo la...makanan kegemaran, hobi dan segalanya...yg pasti aku tak pernah miss beli kuih kat kedai Fizo kat pasir Puteh setiap kali balik kg..haha


Bagi yg suka melancong tu ada di kongsi tempat2 menarik utk dilawati di luar negara...ku tak capture di sini la...dan senarai2 air terjun seluruh Malaysia...nak tau boleh la beli majalah ni...cam iklan plak kan...

Wednesday 11 September 2013

Kek Batik


Actually dah lama nak buat ni cuma xde org nak makan so hajat tu tak kesampaian...tp hati teringin sgt nak makan...so hari ni hari rajin sedunia..belasah je la....bahan2 dah ada cuma kena beli biskut marie je...search kat internet macam2 version ada...so aku cr yg paling hampir dgn bahan2 yg aku ada je..hehe...at last resepi mat gebu jd pilihan...jom layan camna nak buat ni...kek paling senang dlm dunia kot....kek ke??

Resepi Kek Batik

250gm biskut marie
2 biji telur-dipukul
1/2 cawan milo
1 1/2 sudu besar serbuk koko
125gm butter
3/4 cawan susu pekat
1/4 cawan air
3/4 sudu teh esen vanilla

Cara2:
Campurkan semua bahan di atas kecuali biskut marie dan butter. kacau hingga sebati dan panaskan atas dapur dgn api perlahan sambil kacau..masukkan butter, kacau hingga agak pekat, masukkan biskut marie yg telah dipecah2kan....kacau sebati dan tutup api. Masukkan dalam bekas yg sesuai, ratakan padat2, tunggu sejuk kejap dan masukkan ke dalam peti. After 2 jam dah leh makan. Selamat mencuba..


Tuesday 10 September 2013

Puding Pelangi

Order dr Elly utk mkn sendiri, semlm order utk open house xsempt mkn sendiri..
Puding pelangi ni dah jd bende wajib utk aku buat kalau ada apa2 acara, birthday party ke, anniversarry ke..ape2 je la...sbb warna dia yg cantik dan rasa yg sedap....resepi actually dari internet jugak...tak ingat dr mana, dah bertahun pun buat....ramadhan hr tu sempat buat jualan kat pasar ramadhan...:) ok layan resepi bg yg belum tau...actually resepi bersepah kat web...

Resepi Puding Pelangi

Bahan2:

11g serbuk agar2 ( beli cam burung layang2)
175gm gula
1/2 tin susu cair
1 biji telur
1 sudu tepung kastad
650ml air
60gm butter
esen vanilla
color ikut kesukaan
1 sudu serbuk coklat

Cara2:

Masak air dgn serbuk agar2 dan gula hingga mendidih, tutup api. Then pecahkan telur dan kacau kemudian campur 1 sudu kastad kacau hingga tak berketul, masukkan susu cair, kemudian tapiskan kedalam agar2 yg dah masak tadi...buka api dapur masukkan butter dan esen vanilla dan kacau dgn api slow hingga agak mendidih...mesti nampak cam mendidih br tutup, kalau tak pelangi tak menjadi...then masukkan kedalam mangkuk2 kecil ikut la nak berapa warna, saya guna 4 mangkuk, salah 1 mangkuk isikan coklat(bancuh serbuk coklat dgn sedikit air panas)...then sendukkan satu persatu color ke tengah loyang....jdlah cam dlm gambar di atas....kerje2 menyenduk mestilah di lakukan dgn cepat sbb adunan ni cepat beku bila sejuk...ok selamat mencuba...

Nota Kaki:
Utk order satu adunan seperti di atas ialah RM18...double adunan, mean lg besar dan lebih meriah RM30

Sunday 8 September 2013

Sessi pembersihan almari

Baju en suami dan tudung2 utk di masukkan ke dalam charity box....dah xmuat dah almari nak store baju2 dan tudung yg xpakai ni...apa lg angkut je msk box...semoga ada yg berguna utk sesiapa...first trip to go..next week 2nd clearence...

Saturday 7 September 2013

Kisah Arwah Fatin Ismanina

Baru terbaca kisah ni..actually berlaku sekitar may kot...terasa nak post di sini sebagai peringatan bersama....chickenpox yg dah sampai stage teruk...darah dah dicemari kuman...nampk cam darah beku kat badan..
Fatin di bawa awal ke klinik..tp doktor ckp "biasa la ni..xde pape..ambik ubat balik rumah makan ye."..esoknya jumpa dr lagi, tp doktor cakap, "normal la tu chickenpox mestila demam...blk rumah mkn ubat ye..." tapi bila oksigen turun below 60, baru la cakap kes ni kritikal, kena refer hospital kerajaan...boleh??

Sedihnya...moralnya..kadang2 apa yg dr ckp tu tak semuanya betul..anyway doktor pakar ke tu??? Carila hospital lain lak utk mengesahkannya...for me..pilihla hospital gomen, walau service lambat...dia byk dr pakar, alatan dan ubat yg paling canggih dan service bkn kerana nak untung...lgpun kalau bb demam dia xsuruh pun tunggu giliran lelama..terus je msk emergency room...kalau terasa nak kuar duit dan nak service ok sikit..pegi la hospital universiti..ramai yg akan berlumba2 merawat anak anda demi menambah ilmu kedoktoran diorg sendiri...:)

Puding trifle...


Sempena menyambut raya..biasa la office en. Somi buat potluck..so menunya kali ni ialah puding trifle dan puding pelangi meriah..huhu meriah sbb guna 2 adunan dan color pun menjadi lebih meriah....tp sekrg nak update psl trifle dulu k....layan...

Puding Trifle

Bahan2nya
Segulung kek swiss roll
Sekotak Serbuk Jeli NONA
1 tin Susu Cair
1 tin Air
1 tin buah peach
Sedikit anggur hitam
2.5 sudu besar gula
3 sudu besar membukit Tepung Kastad
1 sudu teh Esen Vanilla

Potong kek swiss roll dan susun dlm caserol atau atau bekas yg sesuai. Curahkan air buah peach ke atas lapisan swiss roll tadi. Biarkan..

Blender susu cair+susu+kastad+gula tuang kedalam periuk dan tambah air dan esen vanilla.. masak dengan api slow hingga mendidih atau keluar cam periuk api bulat2 tu....Tutup api dan terus curahkan atas adunan swiss roll tadi. Susunkan peach dan anggur.. Sejukkan sekejap. 

Sementara tu didihkan Serbuk Jeli Segera dgn 400ml air.. dan terus curahkan atas lapisan kastad perlahan-lahan.Sejukkan.

Done