Kengkawan..TQ Love..

Thursday 31 January 2013

Zarel graduation

Baru hari ni gambar graduation prasekolah zarel sampai..sungguh slow AD Photo ni..anyway sib baik sampai jugak..jap lg leh pi beli frame..kenangan zarel jatuh paling teruk aku rasa kat econsave mlm tu...terus bengkak mulut dia...xde la teruk pun tp zarel xpernah jatuh2..dan pulak sbb esoknya dah nak pegi graduate..walaupun dah jangka akan nampk lam gambar tp we decide utk ambik gak gambar sebagai kenangan..

Saturday 26 January 2013

Happy Birthday Amanda

Hari ni 26/1/13 genap setahun umo Amanda...pejam celik pejam celik dah pun setahun....keknya next week k..sorry lambat sikit..mentang2 la Amanda xtau ape2 psl birthday sesuka hati je mummy ni delay2 kan...xsempat lak mummy nak tempah kek yg special itu thats why delay...tungguuuu..
As at today, Amanda belum leh jln sendiri..kena pegang something br leh jln..its ok take your time..ni pun mummy dah tak larat nak kejar, asyik panjat tangga je..setakat ni dah sampai 5 anak tangga. So next month punya budget kena masukkan sekali safety gate..huhu..
Bab makan..semua bedal, apa mummy makan semua dia mkn..ye la susu mummy pun perasa dia macam2 kan..
Tido lak, still sama dr dulu sampai sekarang nak berkepit dgn mummy..so kalau mummy xtido dia pun xtido.
Still fully breastfeed..another 1y to go...Lum pernah demam since day 1...lum pernah selsema jugak but last 2 week dia ada byk kahak..maybe ada bakteria2 dr mende2 yg dia asyik kutip dan masuk mulut..but then mummy xde bg ubat ape2 just let it gone by itself..alhamdulillah dah hilang dan she's always stay healthy...
Happy birthday to Amanda..be good, be healthy and be smart just like mom & dad...:-)

Friday 25 January 2013

Ketahuilah Saiz Perut Bayi Anda


Ramai ibu yang baru melahirkan anak risau tentang anak kecilnya yang tidak cukup susu. Ada antara kawan-kawan yang tidak yakin susu ibu dapat memenuhi kantung perut dan mengenyangkan bayi mereka. 
Seringkali kita mendengar mak atau nenek atau tok kita berkata begini apabila bayi kita menangis.."susu kau sikit sangat tu..budak tu lapar, pegi bancuh susu tepung" atau ada juga yg berkata begini "anak kau ni nangis je..lapar agaknya..pegila bancuh nestum ke..bagi dia kenyang"..
Tahukah Anda...
bahawa saiz perut si kecil yang baru lahir tidak lebih dari sebesar guli kecil ataupun sebiji kacang kuda (5-7ml).
Kurangnya kesedaran tentang saiz perut bayi baru lahir, maka ramai ibu yang tidak yakin untuk menyusukan anak mereka kerana menyangka susu yang mereka hasilkan tidak sebanyak susu formula dalam botol kecil yang mereka buat.
Menurut Puan Rita Rahayu, seorang pakar laktasi bertauliah, bayi kecil yang baru lahir tidak memerlukan kuantiti susu yang terlalu banyak kerana saiz perutnya yang sangat kecil.
Mengetahui tentang itu, 'badan ibu' hanya menghasilkan antara 20-30 ml yang sebenarnya sangat banyak untuk seorang bayi. Ye la, cuba bayangkan saiz perut si kecil yang hanya 5-7ml kapasitinya dan kuantiti kolostrum yang 4 - 5 kali ganda banyaknya. Bukankah lebih dari cukup?
Jadi, soal susu tidak cukup untuk bayi baru lahir seharusnya tidak timbul. Badan ibu secara semulajadinya mengetahui apa yang diperlukan oleh bayinya. Kuantiti susu ibu yang diminum oleh anak secara susuan terus tidak semestinya sama dengan kuantiti susu yang diperah.
Jadi, jika anda mahu menyusukan anak secara eksklusif, tambahkan pengetahuan dengan menghadiri kursus penyusuan yang banyak dianjurkan oleh badan-badan swasta dan juga hospital kerajaan.
Lengkapkan diri dengan maklumat penyusuan dengan sebaiknya supaya azam untuk menyusukan anak secara eksklusif tidak terbantut di tengah jalan dek kekurangan ilmu. Ibu-ibu perlu ingat, menyusukan anak di waktu zaman sebegini perlu dilakukan dengan ilmu penuh di dada.
Jika sewaktu di dalam pantang bayi anda selalu menangis nak melekat je dgn anda, peluklah mereka, belailah mereka, mereka bukannya menangis semata-mata kerana lapar...kerana jika berada di payudara anda, mereka mendengar degupan jantung anda yang selama ini menjadi peneman setia mereka di dalam rahim..mereka akan berasa tenang..
Selamat Menyusukan Anak Anda. Tiada yang lebih baik dari susu ibu...

Thursday 24 January 2013

School time

Pepagi buta dah keluar rumah dan mengadap jem..tensionnya la camni...damansara damai yg semakin hari semakin teruk..rumah berlambak lg tgh naik, jln keluar satu je...
Muka zarel yg xnak kawan dgn mummy sbb asyik push suruh siap cepat2..tiap2 pagi dengar la suara mummy memekak suruh cepat...hadoiii...amanda lak mmg akan bangun sama2 mummy..huhu..sungguh mencabar kesabaran..

Wednesday 9 January 2013

Port baru

Ni la port baru Amanda, pantang xde org perhati terus masuk bawah meja, bukan main suka lg..adeii..tp 2,3 hr ni dah tau ikut ckp mummy, br nak masuk, mummy said no tak jd masuk dah...sib baik still senyum..

Amanda

Amanda yg setia ikut mummy ke sana sini, hantar dan ambik abg dan kakak, beratur kat book shop sekolah, gi mall beli bj sukan kakak, beli ikan dan mcm2 lg..

Muka penat

Penatnya bebudak zaman sekarang, pg ptg sekolah, pg pegi sekolah 7-1.30pm..sampai rumah kul 2, mkn mandi, kul 2.30-5.45pm sek agama lak, pastu terus pegi main sampai kul 7..pastu mandi makan dan buat laatihan atau homework..kul 9.30 dah kena tido sbb kul 5.45pg dah kena bgn sbb jln jem..tu pun x cukup tido..sian..

Kawan br Zarel

Ni lah kawan br zarel, Harith...speaking london jugak bdk ni...he ask me.."your bb is so cute, is boy or girl?"....so cute bdk ni..terfikir lak camna ye mak bapak dia..

Bekal gi sekolah..

Mulai this year tambah lg satu keje, masak bekal utk anak2..ni semua gara2 experience 1st day school zarel, punya la ramai org beratur beli makanan, mana nak ambik duit lg, pegang air lg, pegang pinggan pun cam xboleh lepas je..so terus aku decide utk msk je utk zarel, tanya qisti nak ke, tak sangka lak nak pulak dia bwk gara2 tak thn beratur..tp taste lelain gak bdk 2 org ni, so take time sikit la nak buat 2 bende..anyway, 2 je pun..takpe la..