10 Resepi Berpantang Yang Sedap, Berkhasiat dan Mudah Disediakan
Masa berpantang, memang semua kena pantang. Dari penjagaan diri sampai lah ke makanan yang kita makan semuanya restricted. Kalau berpantang di rumah mak atau mak mertua mungkin lagi ketat cara berpantang. Tapi kalau hari-hari makan menu ikan bakar, sayur sawi lama-lama tekak pun tak boleh nak telan dah. So khusus untuk bakal-bakal ibu yang nak melahirkan ank, saya nak share 10 resepi mudah yang boleh dicuba ketika berpantang.
Kelebihan resepi-resepi ni bukan sahaja sedap di tekak tapi juga membantu ibu-ibu untuk kembali sihat dan memperbanyakkan susu di samping mempercepatkan pembaikan luka
Resepi #1: Daging Lada Hitam
Bahan-bahan:
250gm daging batang pinang
1 bji bawang besar (hiris)
5 ulas bawang putih (hiris)
sedikit minyak
1 sudu besar lada hitam
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar kicap masin
Cara masak:
1. Rebus daging hingga empuk dan simpan air rebusan daging
2. Panaskan kuali dan tumis bawang hingga naik bau
3. Masukkan daging, kicap manis, kicap masin dan lada hitam. Biarkan seketika
4. Masukkan air rebusan daging dan biar kuah sedikit pekat dan daging empuk.
5. Siap untuk hidang
Resepi #2: Tumis Sawi Putih
bahan-bahan:
20gm ikan bilis
2cm halia
2 ulas bawang putih
5 tangkai sawi putih - potong
minyak
garam
1/2 cawan air
Cara masak:
1. Panas minyak dna tumis bawang dan halia
2. Masukkan air dan ikan bilis. Biarkan mendidih kemudian masukkan sawi
3. Perasakan dengan garam dan siap untuk dihidang.
Resepi #3: Kerabu Pegaga
Bahan-bahan:
Seikat pegaga
1 ulas bawang putih
2 ulas abwang merah
1 sudu teh lada hitam
50gm ikan bilis
1 inci halai muda
1 inci kunyit hidup
Cara Masak:
1. Tumbuk bawang putih, bawang merah, halia, kunyit, lada hitam hingga lumat
2. Goreng semua bahan tadi tanpa minyak. Biarkan kering dan angkat
3. Gaulkan bahan gorengan tadi bersama daun pegaga yang dihiris kasar
4. Sedia untuk dihidang
Resepi #4: Ikan Singgang Halia
Bahan-bahan:
Seekor ikan selar sederhana size
2 inci halia
4 ulas bawang putih
1 cawan air
Garam
Cara masak;
1. Mayang halus halia dan bawang putih dan direbus bersama air
2. masukkan ikan selar dan sedikit garam
3. Sedia untuk dihidang
Resepi #5: Sambal Bilis Berkunyit
Bahan-bahan:
100gm ikan bilis
3sm kunyit tua dikisar halus
3cm lempoyang kasar
2 sudu kecil lada hitam
minyak
Cara Masak:
1. Goreng ikan bilis dan toskan
2. TUmbuk kasar ikan bilis goreng tadi bersama lada hitam
3. Tumis bahan kisar hingga naik bau
4. Masukkan ikan bilis tumbuk bersama lada hitam
5. Sedia untuk dihidang
Resepi #6: Lobak Putih Masak Air
Bahan-bahan:
1/2 batang lobak putih size sederhana
1 sudu teh lada hitam
4 ulas bawang putih
1 cawan air
Garam dan gula
Cara masak:
1. Bersihkan lobak, kupas kulit dan hiris nipis
2. Masukkan air dalam periuk
3. Lada hitam dna bawang putih ditumbuk dan gaul bersama lobak putih dan air
4. Masak di atas api sederhana dam perasakan dengna gula dan garam
5. Siap untuk dihidang.
Resepi #7: Salmon Panggang Lada Hitam
Bahan-bahan:
Sekeping ikan salmon
1 sudu teh lada hitam
1/2 inci halia
2 ulas abwang putih
Garam
Aluminium foil untuk balut ikan
Cara masak:
1. Bersihkan ikan
2. Tumbuk kasar lada hitam, halia dan bawang putih
3. Lumurkan pada salmon bersama garam
4. Perapkan dahulu selama 1 jam sebelum dibungkus dalam aluminium foil dan panggang hingga masak.
Resepi #8: Sup Sawi & Lobak Merah
Bahan-bahan:
1 ikat sawi
1/2 biji lobak merah
1 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 cawan air
Garam dan gula secukup rasa
Cara Masak:
1. Bersihkan sawi dan lobak, potong nipis-nipis keduanya
2. Bawang putih dan bawang merah dihiris nipis
3. Rebus air bersama bawang merah dan putih, masukkan lobak dan batang sawi terlebih dahulu
4. Masukkan daun sawi, gula dan garam
5. Siap untuk dihidangkan.
Resepi #9: Ayam Masak Halia
Bahan-bahan:
Sehidangan daging ayam
2 inci halia
1/2 sudu lada hitam ditumbuk halus
2 ulas bawang putih
Garam
Cara Masak
1. Bersihkan ayam dan hiris halia secara memanjang
2. Tumis bawang putih yang dihiris dan halia dengan sedikit minyak
3. Masukkan sedikit air kemudian ayam
4. Biarkan ayam empuk dan kuah sedikit pekat.
5. Masukkan lada hitam yang ditumbuk halus dan garam
6. Siap untuk dihidang
Resepi #10: Sup Ikan Haruan
Bahan-bahan
2 ekor ikan haruan
3 ulas bawang merah ditumbuk
2 ulas bawang putih ditumbuk
1/2 sudu lada hitam ditumbuk
2cm halia ditumbuk
garam
Cara Masak
1. Bersihkan ikan dengna air asam jawa untuk hilangkan hanyir
2. Tumis bahan yang ditumbuk kecuali lada hitam dengan sedikit minyak sehingga naik bau
3. Masukkan air dan lada hitam
4. Masukkan ikan dan biarkan hingga masak, perasakan dengan garam
5. Tabur daun siap semasa menghidang.
ok cukup 10 resepi yang boleh dicuba. Takde lah makan makanan yang same je kan? Selamat berpantang pada ibu-ibu yang sedang berpantang. Semoga sihat, segar dan pengeluaran susu ibu pun lancar.