Kengkawan..TQ Love..

Friday, 19 April 2013

Wardina menjawab isu cukur kening

Article ini di petik dr blog sensasi..

Seperti yang kita sedia maklum ,mencukur kening ,mencabut kening untuk mengubah bentuk atau sehingga habis/licin dikatakan menyerupai pelacur oleh baginda Rasullullah S.A.W. dan hukumnya adalah haram.

Mencabut/mencukur kening dikatakan mengubah ciptaan Allah,tapi kalau sekadar merapikan tak mengapa.bahkan diharuskan..merapikan tue mestilah merapikan bulu-bulu kening yang bersambung atau bulu tumbuh ditempat-tempat yang tak sepatutnya,atau menjelekkan rupa.(tebal yang terlalu luar biasa)

Dan sekiranya perempuan itu sudah berkahwin dan suaminya meminta/mengizinkannya mencukur dan mencabut bulu kening untuk kelihatan cantik,benda tue dah jadi harus dan tidak berdosa.

Perkara ini membabitkan satu riwayat berkaitan dengan riwayat Imam Al-Tabari, bahawa isteri Abu Ishaq pergi ke rumah Aisyah Ummul-Mukminin, isteri Rasulullah saw.Pada waktu itu rupa parasnya sangat jelita.Beliau lalu bertanya kepada Aisyah mengenai hukum seorang wanita yang membuang bulu-bulu yang terdapat di dahinya untuk tujuan menambat hati suaminya.Aisyah menjawab: "Hapuskanlah kejelekan yang ada pada dirimu sedaya yang kamu mampu."

Soal nie harus dirujuk lagi kepada ustaz2 yang lebih arif..

Luahan Wardina:

Saya risau dan kurang faham dengan mentaliti sesetengah orang Islam... isu kening menjadi bahan bualan hebat... isu bertudung bak rahib kini menjadi kegemaran setelah bonggol unta ditinggalkan buat seketika...

Mengapa isu yang lebih besar dan penting yang tidak pula mahu diambil tahu... adakah ini muslihat supaya umat ISlam terus berbual mengenai perkara kecil hingga melupakan perkara-perkara yang lebih besar? TIDAK bukan muslihat tapi hakikat pemikiran kita yang gagal melihat "the bigger picture" of things....

Persoalan saya tak penat kah, mencari dan cuba menilai orang lain....? Kita ni pun kalau Allah beri "hak" untuk menilai TAK MUNGKIN dapat Adil dalam penilaian kita... Stop it please.. kita semua dibayangi sikap bias dan prejudis kita.. kebanyakan dari kita terlalu menurut emosi termasuklah saya... jadi peringatan buat diri dan semua.... tak usahlah jadi hakim di dunia ini......

"Haaa dia ni baik sebab tak cabut kening!" "Macam tak ikhlas je...." atau "Nak menunjuk baik sangat lah tu!" -Allah!!!! LIhatlah kembali kata-kata kita itu... lihatlah betapa berulatnya hati kita... Manusia itu BERBEZA... mereka mempunyai jalan hidup berbeza... kalau orang lain tak sama dengan kita.. lakukan sesuatu yang kita rasa salah atau bertentangan... fahami mungkin ada sebab yang kita tidak fahami..

Adakah mencabut kening atau mencukur kening menjadi ukuran "soleh" nya seseorang itu..? Adakah kita benar-benar FAHAM maksud hadith tersebut? Adakah kita bertanya pendapat Ustaz yang berbagai dan meminta Ustaz tersebut menerangkan makna bahsa Arab yang dikaitkan dgn mencukur dan sekarang ada orang menambah mencabut pula?

Tolonglah faham perkataan Arab jika di alih bahasa boleh membawa maksud yang berbeza... perlu juga difahami hadith-hadith dalam konteks hadith tersebut dikeluarkan, keadaan semasa itu.. mengapa ianya dikeluarkan, apa terjadi ketika itu??

Islam agama yang membenarkan kita banyak menyoal dan bertanya - KITA TIDAK BOLEH SAMA SEKALI MENGIKUT SECARA TAKLID.... apatah lagi forward berita dan hadith-hadith yang kita tak tahu hujung pangkalnya...

Sikap kita yang suka menerima bulat-bulat berita yang disampaikan hanya menggambarkan betapa tenatnya pemikiran umat Islam tatkala ini... Kita perlu berusaha membangunkan kapasiti intelektual kita ...

Mari bangunkan minda dan bersikap lebih proaktif.. kita sibuk mengukur "keimanan" seseorang tapi dalam masa yang sama kita jugalah yang culas solat, yang mengata, yang buang sampah ... Apa kata non Muslim apabila melihat orang-orang Islam berbalah mengenai perkara-perkara kecil begini? Tertarikkah mereka dengan Islam? Majukah kita?

Memberi pendapat dan menghakimi BERBEZA... mengutuk dan mengritik juga berbeza.... itu pun kena faham juga....

Kita semua tak sempurna, sekiranya ada orang melakukan kesalahan maafkanlah.... lebih mudah begitu... maafkan diri sendiri juga... kerana Allah Maha Pengampun..

Tak tahu nak cakap apa lagi....:)

Wardina

No comments:

Post a Comment