Kengkawan..TQ Love..

Friday, 19 April 2013

Hukum mencabut bulu kening

Dalam Kitab Fathul Bari, Kitabul Libas, pernah diajukan pertanyaan kepada Aisyah ra bagaimana hukumnya wanita merapikan mukanya dan apa perlu dilakukan pada bulu yang ada padanya, dan Aisyah menjawab, buangkan kejelikan yang ada sedapat mungkin.

Hukum mencabut bulu di muka perempuan (di pipi dan atas bibirnya) dibolehkan untuk mengembalikan keaslian wajah wanita yang memang tiada bulu di mukanya.

Mencabut bulu kening atau alis adalah haram jika bertujuan mengubah ciptaan Allah, tetapi setakat sehelai dua tidaklah menjadi masalah di atas alasan merapikannya.

Ini berdasarkan hadis diriwayatkan Al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud yang menerangkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Allah melaknat wanita yang mencabut bulu kening atau bulu muka (al-Namisah) atau meminta orang lain mencukur atau mencabut bulu keningnya (al-Mutanammisah), wanita yang mengasah gigi supaya kelihatan cantik. Perbuatan itu mengubah ciptaan Allah.â€

Allah itu cantik dan suka pada yang cantik. Bagaimanapun di dalam Islam, untuk kelihatan cantik ada tata tertibnya. Mencabut semua bulu kening dan kemudian membentuknya semula adalah berdosa kerana dikira mengubah kejadian Allah.

Bagaimanapun, tidak berdosa jika sekadar memperbetulkan dengan mencabut mana-mana bulu yang tumbuh bukan pada tempat sepatutnya, seperti bulu yang tumbuh antara dua kening hingga seakan-akan bercantum, supaya lebih kemas dan rapi.

Begitu juga dengan meletakkan minyak pada bulu kening supaya lebat dan hitam bagi individu yang mempunyai bulu kening yang jarang dan tipis, ia tidak haram dilakukan. Bagaimanapun, seseorang isteri perlu mendapatkan izin suami terlebih dulu untuk berbuat demikian.

No comments:

Post a Comment