Hari ni aku nak kongsi tempat makan yg best..ala-ala steamboat la...cam johny's tu tp yg ni malay dan murah..Island BBQ kat Kg Melayu Subang...dewasa rm21.90 dan kanak2 rm9.90 sekepala...ada 2 sessi,.5-8pm dan 8-11pm...makan la apa saja kita nak mkn sampai habis sessi tu...ada steamboat punya makanan yg boleh ambik sesuka hati, ayam, daging, fish ball, ketam ball dan apa2 ball la, sayur2...nasi lemak pun ada, kueteow...makan sampai buncit..
Kitorang pilih sessi 5-8pm...berbaloi gak..makan sampai puas..pastu rehat kejap, solat, tempat solat pun ada..pastu sambung makan lg..last, ada desert, ice-cream..masuk kul 5.30 kul 8 br keluar..worth-it dan sedap..
Kengkawan..TQ Love..
Saturday, 29 December 2012
Saturday, 22 December 2012
Tuesday, 11 December 2012
Amanda
Dancing & singing lagu hi5 |
kyusuk tgk tv |
tempat favorite |
tgk tv lg |
ada je bende nak main |
Good Boy
Anak mummy yg xsuka kalah...apa kakak buat dia pun boleh..so pinggan pun nak basuh sendiri..bagus..botol susu pun basuh sendiri..next time mummy ajar buat susu sendiri k...
Monday, 10 December 2012
KMR nak di robohkan??
Semalam kitorang menghabiskan hujung minggu di area Serdang dan Bangi...tujuannya menemani en anif ke rumah teman lama untuk berbincang business..alang2 dah kesana kitorang masuk ke UPM, sambil tunjukkan anak2 di sinilah mummy dan daddy belajar...walaupun hujan agak lebat redah je la, bila lg nak datang sini...tempat pertama di tuju mesti la Kolej Mohamad Rashid, tempat aku dan hb tinggal apabila menjejak kaki ke UPM walaupun kitorang tak pernah pun bertemu/kenal di KMR ni..agaknya pernah terserempak tp tak perasan kot..huhu almaklumlah...tapi terkejut jugak tgk keadaan KMR cam tempat berhantu je dgn semak samun tak terjaga..pelik....kitorang pun teruskan perjalanan mengelilingi UPM sambil bersarang di kepala persoalan kenapa KMR xde orang??...
Hari ni terpanggil utk tanya pakcik google...ooo..rupanya dia dah nak di robohkan...sedihnya...inilah catatan yg di buat oleh malaysiakini.com pada 23 apr 2011..dah lama rupanya..
Tidak ramai yang tahu, tidak ramai yang ambil tahu apatah lagi berbuat sesuatu. Tidak heboh di media arus perdana, supaya masyarakat tak banyak soal. Namun, inilah realitinya nasib kolej yang pertama berdiri di Universiti Putra Malaysia (UPM).
Kolej Mohamad Rashid (KMR), usianya tidak setua usia penjara pudu, dinding dan lantainya masih kukuh berdiri. Hanya kerana masalah pendawaian (wiring), kos baikpulihnya didakwa terlalu besar, justeru KMR diisytihar tidak selamat.
Atas nama pembangunan, nasib kolej ini hampir sama seperti Penjara Pudu di kotaraya Kuala Lumpur. Penjara Pudu salah satu warisan bangunan lama berdiri di negara kita.
Bezanya, Penjara Pudu tempat orang bersalah dan KMR tempat golongan terpelajar. KMR akan dirobohkan dan dibina bangunan baru berfungsi sebagai kompleks dan kolej.
KMR adalah warisan UPM. Pembinaannya di atas tapak estet Serdang oleh Macmillan and Company yang pada awalnya dikenali sebagai Kolej Kediaman Pertama.
Kolej inilah teratak sebahagian profesor dan doktor-doktor di UPM yang dahulunya sejak UPM dikenali sebagai sekolah pertanian. Antaranya ialah Dr. Haji Mohamad Rashid Ahmad (Cikgu Rashid), Tan Sri Dato' Dr. Nayan Ariffin, Tan Sri Ani Arope, Tan Sri Rashdan Baba, Prof. Dato' Dr. Ir. Mohd Zohardie Bardaie, Prof. Dr. Rahim Md. Sail, Prof. Madya Dato' Dr. Idris Abdol, Prof. Dr. Ghizan Salleh dan ramai lagi personaliti Kediaman Pertama pada ketika itu.
Sekilas pandang, projek ini memang memberi manfaat kepada UPM dan warganya. Itu tidak dinafikan.
Namun, penulis mula musykil dengan ketelusan pentadbiran untuk laksanakan projek ini apabila wakil pelajar KMR meminta laporan rasmi kerosakan bagi membuktikan KMR tidak selamat, TNC HEPA dan Pejabat Pembangunan berdalih dan beralasan untuk serahkan, rupa-rupanya belum ada laporan kerosakan KMR dibuat. Ini berlaku kira-kira pertengahan Mac lalu.
Lebih menghairankan, ada wakil KMR mendakwa mereka pernah ditunjukkan cadangan rekabentuk kompleks baru yang akan didirikan. Namun, apabila mereka minta laporan rasmi kerosakan KMR, tidak diberi pula.
Datangnya cadangan projek terlebih dahulu sebelum laporan rasmi kerosakan dikeluarkan. Ini petanda projek dilaksanakan tidak telus.
Oleh itu, penulis beranggapan KMR dirobohkan untuk membolehkan projek bernilai jutaan ringgit itu diteruskan. Persoalannya, mengapa di tapak KMR itu kompleks baru dibina? Sedangkan tanah umpama padang ragut di UPM masih luas.
Penulis tidak menolak pembangunan di UPM. Penulis hanya mahu luahkan rasa kecewa penulis terhadap pentadbiran universiti yang tidak telus dalam melangsungkan projek sebesar ini. Banyak lagi perkara yang disembunyikan pentadbiran dari pengetahuan awam. Belum lagi penulis sentuh tentang kesan-kesan projek ini dibuat.
Penulis mahukan ketelusan pentadbiran UPM dan tidak terlalu berdolak-dalih dengan pelajar sehingga timbulnya rasa kurang senang terhadap pentadbiran universiti penyelidikan ini.
Alumni-alumni, pelajar-pelajar dan warga UPM, ingatlah KMR sebagai warisan UPM akan hilang. KMR akan roboh hanya kerana pembangunan yang dibuat dengan rasa dukacita dan kecewa pelajar serta mereka yang cintakan keadilan dan integriti. Kalau sudah roboh, menangislah air mata darah sekali pun, kompleks baru tetap tidak sama dengan KMR.
Pentadbiran gagal meyakinkan pelajar dan warga UPM. Penulis tetap beranggap bahawa KMR dirobohkan hanya untuk membolehkan projek baru dibuat demi kepentingan ekonomi. Bukannya kerana KMR tidak selamat lagi didiami. Bukankah tanah di UPM masih luas?
KMR suatu ketika dulu |
KMR kini |
bus stand tempat lepak memalam sampai kul 2,3 pagi..mana nak cr u yg best cam ni... |
Friday, 7 December 2012
Pemakanan pengaruh sifat anak
Tadi terbaca status my sil....
Antara kesilapan ibu bapa dalam mendidik anak oleh oleh ustaz hanafiah b abdul malik...
Pemakanan Pengaruhi Sifat Anak
1. Terlalu byk mkn nasi atau karbohidrat lain - anak mudah ngantuk, jd malas dan taknak belajar, cepat marah.
2. Minum air bikarbonat dan makan gula2 - terlalu byk kandungan gula
Gula yg terlalu byk akan menyebabkan anak bersifat sensitif dan tidak boleh ditegur, kelak akan bersifat pendendam...
Good info..
Antara kesilapan ibu bapa dalam mendidik anak oleh oleh ustaz hanafiah b abdul malik...
Pemakanan Pengaruhi Sifat Anak
1. Terlalu byk mkn nasi atau karbohidrat lain - anak mudah ngantuk, jd malas dan taknak belajar, cepat marah.
2. Minum air bikarbonat dan makan gula2 - terlalu byk kandungan gula
Gula yg terlalu byk akan menyebabkan anak bersifat sensitif dan tidak boleh ditegur, kelak akan bersifat pendendam...
Good info..
Thursday, 6 December 2012
Baby porridge
Kali ni bubur Amanda ku letak bayam..biasanya asyik sawi je..so the resepi is..
2cawan beras ( terlupa lak beras perang dia dah habis)
Seketul dada ayam
Daun bayam
Sedikit minyak zaitun
Cam biasa la masak bubur, campak je semua lam periuk kecuali sayur, kemudian tambah air dan masak hingga lembik, xperlu jd bubur sgt pun sbb nak blend..dah hampir masak masukkan sayur, biar seketika dan tutup api..pastu biarkan sejuk dan blend...tadaaaa dah siap, masukkan lam ape2 bekas utk di simpan lam freezer...stok ni utk lebih kurang 5,6 hr camtu..
2cawan beras ( terlupa lak beras perang dia dah habis)
Seketul dada ayam
Daun bayam
Sedikit minyak zaitun
Cam biasa la masak bubur, campak je semua lam periuk kecuali sayur, kemudian tambah air dan masak hingga lembik, xperlu jd bubur sgt pun sbb nak blend..dah hampir masak masukkan sayur, biar seketika dan tutup api..pastu biarkan sejuk dan blend...tadaaaa dah siap, masukkan lam ape2 bekas utk di simpan lam freezer...stok ni utk lebih kurang 5,6 hr camtu..
Kueteow Goreng
Hari ni sedang berblogwalking terjumpa lak resepi kueteow goreng ni..so tghr ni decide to masak kueteow je la..1st time ni..bihun goreng pun br je lulus last week..lulus @ 1st time masak ok setelah bertahun tgk my mr chef masak..sejak jd sahm ni mr chef dah cam nak cuci tgn je masuk dapur so kena la ku ambk alih..so aku nak tempek gak resepi kat sini mengikut ape yg ada kat dapurku..
Resepi Kueteow Goreng
2 peket kueteow
10 ulas bwg putih
1 labu bwg besar
Sedikit cili serbuk
Isi ayam
2 sudu bsr sos tomato
1 sudu bsr sos tiram
Kicap
Daun kucai
Limau nipis
2 biji telur
Cara2:
Tumis bwg dan cili hingga naik minyak, masukkan sos tomato dan sos tiram, kacau dan masukkan isi ayam.
Masukkan air dan garam ikut citarasa, pecahkan 2 biji telur, masukkan kicap, kacau sebentar masukkan daun kucai.
Masukkan pula kueteow dan kacau sebati, tambah kicap, taburkan sedikit gula dan perah sedikit limau nipis, kacau rata dan angkat..masukkan dlm pinggan dan boleh ngap.
Multivitamin Shaklee
Yeyy dah sampai pun vitalea yg di tunggu..lambat lak posmen sampai rini...thanks imatul ibrahim..ada pamplete utk collagen powder sekali tu bikin gua kepingin pulak nak beli..ok next time aku jd ejen lak ok...ni pun dah 10 bln guna shaklee dah leh bg testi ni...:-)
Breakfast
Dah lama tak berbreakfast camni sejak jd sahm ni..dan ni jgk menu baru kakak jual nasi lemak yg famous tu..byk lg menu br yg ku tak tau..jom makan..sesapa teringin meh la shopping breakfast kat damansara damai...ada pulut kelapa ikan kering, akok, laksam, nasi berlauk, mee, kuih muih segala jenis, satay dan mcm2 lg..bg komisen ye kak tolong promote ni..kekeke
Tuesday, 4 December 2012
Hari yg busy lg..
Hari ni tersangat la padat scheduleku..ppagi seawal kul 6 dah masukkan baju lam mesin..mesinku yg xleh pusing tu..means dah kena bawak baiki atau beli baru jek..huhu...terpaksa basuh secara manual..tu yg bercinta gak nak membasuh dgn cuaca yg xmentu...sib baik leh spin...so hr ni la operasi besar2an sementara matahari still ada lg ni..
after membasuh baju operasi membasuh toilet lak..pepagi jgk cam biasa rutinku awal2 kena masak utk putera puteri tu..dan hr ni jgk en suami blk mkn sbb aku nak pakai kete petg..nguruskan hal mncari comm for oath utk sign surat sil..last minit dpt gak pujuk mr chin kat tmn tun tu..mcm2 kugoreng..dah 4thn aku xjumpa dia mana dia ingt aku lg..dah puas ku mengayukan diri dan buat muka kesian..sign jgk dia dgn tgn yg agak menggeletar..huh...kul 3.30 br settle..anak2 dah lapar blk..fuhh gi cr kepok dan terus menuju msu..jln lak jem dgn hujan lebat..sib baik amanda ok je lam kete..todays job settle at 6.30pm...tp bertolak dr shah alam at this time dgn hujan lebat bukanla sesuatu yg menyeronokkan...camnapun redah je la..kul 9 sampai rumah..sib baik ada psr mlm so xyah msk..dah semput pun nak msk..hr ni layan citer mimpi cinderella gara2 minah sedong tu cuai sgt xjaga duit dia yg melambak tu..geramnya tgk baik tukar channel..kul 10 mesti layan adam dan hawa...after that layan amanda tido sambil main game..esok leh tido sepuasnya...weeee. .
Baju Amanda yg dah 2 minggu tak basuh |
2 bakul besar utk 5 hr punya baju..huhu..bayangkan nak menyidai dan melipatnya |
Lapar..di tengah jln yg jem |
Lapar lg.. |
Dah kenyang..mode..happy...tayang 2 batang gigi..1.5 sebenarnya..yg 1 lg tu br je nampak sikit...dah pandai layan camera |
Sunday, 2 December 2012
Jenjalan makan & shopping di hujung minggu
Hujung minggu biasanya hari yg paling sibuk utk kitorg sefamily...ada je program setiap minggu...this week awal2 pepagi sabtu kena hantar SIL ke hentian pudu utk dia ke rumah another SIL atas sebab2 urgent matter dia sendiri la...seawal kul 6 pg dah siap2 diri sendiri dan anak2..kul 8.30 br la complete semua dan leh bergerak...fuhh...ramai tentera camni la...
Entah kenapa lak hentian pudu full parking pepagi buta ni walaupun KL agak lengang..seawal kul 9 pg dah penuh parkingnya...menyusahkan betul nak keluar dan pusing blk..sib baik xbyk kete means tak jem ..anyway dpt gak tiket dan my sil bertolak kul 9.30..sian tak sempat breakfast pun..ingtkan bas kul 11 ke sempat gi kg baru jap bf...so ape lg kitorg je la menuju ke Kg Baru utk breakfast...anak2 pun dah lapar...
lupa lak nak ambik gambar masa makan..gambar pintu gerbang pun jd la..kalau dah giler bergambar |
Dah penat tunggu daddy fitting baju |
Wednesday, 28 November 2012
Happy Birthday Zarel
ntah ape kena lak dgn tanduk dia tu.. |
berbalik kpd birthday party...party la sgt..actually xde la happening pun...just potong kek nyanyi2..this time xde ramai kekanak kan..xpe next year kita buat kat McD Bdr Sri Dsara, dekat skit dgn kengkawan ok Zarel...tp camna pun this time ada Aam..happy la zarel...Aam bg hadiah motor honda utk zarel dan patung meow utk Qisti..happy la Qisti dpt patung meow...bwk tido hari2...
Antara tetau yg hadir...Ayah Long, Cik Hajar, Aam, Arfy, Ayah Chik, Anjang, Cik elin, Cik Noor, Cik Sha, Mum & Dad, Qisti & Amanda...TQ you all...
Menu hr ni spagetti (makanan wajib ada) yg di masak oleh daddy, nasi minyadk hujan panas yg di masak oleh mummy, rendang daging dan itik yg dimasak oleh Ayah Long & wife, durian yg di sponsor oleh ayah long (tqqq sedap sgt durian...dah xdpt mkn durian sedap pasni sbb ayah long dah tak dok sini lg..huhu), puding caramel oleh mummy, french fries, nugget, sosej yg di goreng je oleh mummy, xlupa jugak ice cream yg di taja oleh cik elin...tq...last but not least..birthday kek yg tersgtla sedapnya di alam semesta...chocolate indulgence fr secret resepi yg di sponsor oleh daddy...tq daddy mmmuahhhs...
sedapnya..nyum2 |
BFF |
Mode happy dapat Buzz Lightyears idaman hati |
Kidzania
Actually dah lama nak keluar entry ni tapi di sebabkan blog lamaku dah penuh..ketensionan melanda...bercinta kot nak buat blog baru..nak renovate bagai kan...so camni je la blog baru ku...ok layan cerita kidzania lak...
Cuti sekolah ni mesti memusing ligat kepala insan2 yg bergelar ibubapa kan..memikirkan kemana la nak bawak anak2...cuti kali ni we decide utk pergi kidzania je...
Awal2 lg kitorg dah pergi beli tiket walaupun rumah sekangkang kera je dgn The Curve ni ...takut habis lak cuti sekolah ni...tp bila dah pegi sana rasanya ade je tiket dijual sampaila time nak masuk...kidzania ni ada 2 sessi...pagi 10-3pm, petang 4-9pm..seriously tak cukup masa pun time2 cuti sekolah ni....kalau nak untung. next year jan pegi mesti best leh main semua bende...agakla...baru berbaloi tiket memahal kan...entrance...RM55 for kids and RM35 for adults...takkan nak suruh anak2 masuk sendiri kan, kena gak adult masuk utk guide dan capture gambar...baby up to 2y free je masuk...bg aku 1 bende penting kalau pergi kidzania ni..bawak air minuman secukupnya dan juga makanan kot2 lapar...tapi pun bg kids tak sempat nak makan minum sbb nak kejar masa utk main sebanyak yg boleh...sebab tu adult kena masuk gak utk guide anak2, kalau tak rugi je byr mahal2 sekali anak masuk sana taktahu nak pilih mana 1 dan camna nak pilih...kat sana ada byk sgt permainan...60lebih kot...so kita pilih je nak yg mana...yg pasti jadi firemen wajib diorg pilih...dapat naik kete bomba...tapi bear in mind, mainan yg semua org nak mesti beratur panjang...so kat sini memang bazir masa sikit...pilot pun sama..so pandai2 la pilih yg tak ramai org dulu ke atau terus pegi pilot dulu ke pastu br pegi yg lain...tp tak semua tempat parents leh ambik gambar ok..lgpun mmg parents takleh masuk tempat permainan pun...kat sana diorg dah ada cameraman yg bawak camera gedabak idaman aku tu...so diorg la yg akan ambik gambar yg lelawa banget...so sedia la duit rm20 sekeping....kos kitorang ke kidzania adalah RM180 for ticket plus RM90 for picture and cd anak2ku jd penyampai berita tv3...anyway mmg berbaloi gak pegi sini dan yg penting anak2 sgt2 happy dan nak pegi lg.....
..ok xleh masuk byk2 gambar nanti penuh lg blogku..huhu...lain2 gambar leh tgk kat FB jek...
Penat main leh gi buat burger..dpt makan..tp yg ni kena byr dgn kidzos |
memula masuk kidzania kena cashkan cheque yg dorg bg kat entrance..kena buat sendiri semua bende kat sini..kids learn how to cash cheque, open bank account etc |
Permainan fav sebab dpt naik kete bomba...moving ok...to Flamingo Hotel yg terbakar |
Sementara tunggu Qisti yg nak test drive honda (zarel tak cukup tinggi, min 130cm)..cuci tingkap..hr ni gondola rosak so dok kat bawah je la |
Baca berita...walaupun merangkak baca berita dia tetap nak jd penyampai...well done zarel! |
Duit gaji after dah buat keje...leh guna kat mana2 yg perlu byr atau beli brg dlm kedai kidzania |
Zarel as a pilot..gambar ni kena beli..rm20 sebab parent takleh masuk dlm kapalterbang |
like this photo...hope dpt grabe dslr jugak end of this year..huhu |
Subscribe to:
Posts (Atom)