Kengkawan..TQ Love..

Wednesday, 27 February 2013

Jerawat

Tahukah anda mengapa jerawat tumbuh di tempat2 tertentu..saya pun br tau rupa-rupanya...

Monday, 25 February 2013

Doa Buat Suami



Ya Allah..
Kau ampunilah dosa ku yang telah kuperbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaran Mu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah…
Sekiranya suamiku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suamiku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Jadikanlah suami ku ini adalah yang terbaik untukku di Dunia dan hingga akhirat Mu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya
Berikanlah kesabaran padanya untuk menghadapi segala kerenah ragamku...

Sekiranya kami tergoda dengan keindahan dunia Mu,
jadikanlah aku dan suami pembimbing dan saling melengkapi…
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya dan aku dibimbingnya
Sekiranya kami tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya kami menyintai kesesatan...
Kau pandulah kami untuk saling menarik diri keluar dari terus terlena...
Seandainya diri ini khilaf, jadikanlah suamiku pembimbingku di dunia dan akhirat
Seandainya aku terleka kepada duniawi, jadikanlah suamiku pembimbingku dan memperbetulkan kesilapanku…Berikanlah kebahagiaan kepada kami...

Ya Allah…Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu
Ya Allah…Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbingan MuAku cacat tanpa hidayah Mu
Aku hina tanpa Rahmat Mu
Ya Allah…Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agama Mu
Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah

Hanya pada Mu,
Ya Allah…
Ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaan Mu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniaMu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaran Mu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujian Mu
Ya Allah Tuhanku…….
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati
Amin, Ya Rabbi Allamin…….

Saturday, 23 February 2013

Yeyy dah xde campak..

Today amanda dah xde lg bintik2..sib baik sikit je..

Thursday, 21 February 2013

Demam campak kerr

Loh demam campak ke rupanya..br hr ni nampak..rupanya dah baik demam br keluar merah2 ni ke..huhu..sian manda..

Budak demam

1st time Amanda demam..sib baik tak panas sgt..dia xpernah di beri mkn ubat so aku xbg dia ubat..just masukkan ubat bontot on the 1st night..2nd night xmsk ubat,just letak kain basah je kat kepala..2 hr dia demam mlm jek..on 3rd day aku bwk g klinik..sah tonsil merah dan bengkak sikit sbb kutip2 bende msk mulut..kena jangkitan..oleh kerana aku g gomen..aku blk je tak ambik ubat..tak sanggup bak tunggu ramai sgt lgpun aku xberminat dgn antibiotik..cukup la qisti sorang je jd mangsa ubat...
Alhamdulillah panas amanda dah hilang petang tu...yeyyy tak demam dah..berjaya jgk dia melawan bakteria itew ..:-)

Friday, 15 February 2013

Saturday

Sabtu datang lagi...time to merayap...breakfast today is at Park Village..tempat mkn paling best kat damansara utama..penuh dgn gambar2 artis yg biasa dtg mkn sini..


After breakfast gi service kete kat Subang USJ...tempat ni pun ku suggest jugak utk service kete..harga berpatutan...tapi utk service je la..tukar brg lain mahal sikit kot...leh pegi Spare Part Damansara Utama utk tukar2 part....



Ni pulak makan cendol kat sebelah Tesco Shah Alam...malay punya..org Klate lg.. nyum nyum...tapi tak cukup kerusi..tokey dia ni patut beli kerusi byk2 sbb pelaggan ramai..malayyy
Cam biasa posing2..kasut je la posing kali ni...nampak sgt kena tukar color pasni...dah basi...in sya allah kalau ada rezeki..kuang3

Thursday, 14 February 2013

Gemuk???

Bertahun rasanya aku berperang dgn diri sendiri utk menjadi kurus...tp cita2 belum tercapai...rasanya dah nak msk 10 thn kot sibuk berdiet..selama tempoh ni jugak semua jenis ubat aku dah cuba, siap g jumpa doktor pun ada..paksa doktor bg ubat..tp berat yg di cita-cita tu tak jugak dapat walaupun utk sehari..huhu...cuma aku xpernah la try ubat memahal tu...kurang budget, sayang duit dan takut rugi..hehe

Anyway on 10/2/2013 my dear hb belikan aku jeans yg cantik sesangat dan saiznya 28 ok..happy dpt jeans dan happy dpt pakai saiz 28..anyway saiz asalku ialah 26...for sure i will not get it again..tp alhamdulillah dpt turun dr saiz 30 b4 pregnant amanda, saiz 29 after deliver & now 28...and for the first time it's skinny jeans..akan kujadikan motivasi utk terus berusaha menslimkan diri menurunkan lg saiz..in sya allah...

Tuesday, 12 February 2013

SMKAK 12 Feb 1989

Pagar ni lum wujud lg thn 1989
Pada hari ini dalam tahun 1989 aku mendaftar masuk ke asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah..memasuki form 1..fuhh...dah 24 thn masa berlalu..erkkk..nampak sgt dah masuk ke alam tua....ni lah 1st time aku bersekolah asrama...teramatlah excited sbb leh dok asrama...dah lama memerap kat rumah tak dapat menengok dunia luar..sekali dapat keluar haruslah excited...:-)


Sunday, 3 February 2013

Amanda 1st birthday

Hari ni br sempat update blog..dah nak bersarang gak terbiar...akhirnya sampai gak hari yg di tunggu2 bebudak ni dan maknye sekali...akibat tak dpt buat birthday last week...cam lama lak menunggu sampainya this week...seperti yg di planning, birthday Amanda nak buat kat taman KLCC, bebudak ni leh main playground dan mandi2 lepas tu...planning kul 3 start makan2, xde jemputan pun, cuma 2 org my inlaws je..haha...saje nak privacy sikit..ni la perangai org yg tak reti nak beramah mesra dgn org actually....bila dah jemput org, walaupun 2 org, keadaan jd agak kelam kabut kalau terlambat..biasanya bab2 lambat ni kan...hari ni la nak pegi beli tikar, titbits, makanan....kul 2.30 gerak ke Rawang ambik kek, kul 3 sampai Tasik Puteri, Zai dah ada kat tepi jln tunggu customer ambik kek...then ikut dia blk rumah ambik kek amanda, cam lipas kudung si chef ni bwk kete, honda accord pulak, cam lipas kudung jugak la kitorg mengejar...boleh tahan rempit gak chef ni ye..jgn mare Zai...hehe..tau, mesti takut kitorg terlambat birthday party, camtu la peniaga yg baik dan bijaksana...

sampai kat klcc sekali parking belakang surau dah xde..alamak...rosak program...sejak bila pulak ada construction ni...kalau tau mesti tak pilih tempat ni..next time Desa Parkcity je la..so terpaksa la parking basement klcc dan angkut stroller, kek, dan makanan2 lain cam org giler je...haih..jom tgk kek yg ku tempah dari Zai Mypu3cakehouse ...tersangat la cantik..kagum dgn bakat Zai menghias kek...dan sedap..next time mesti order lg...

Chocolate Cheese...sedap..len kali nak order rainbow or red velvet 
Menu yg simple je..kfc, satay, dunkin donut, chachos & mamee
Selalunya kalau org nyanyi lg birthday dia akan nyanyi dan menari jugak, but this time dia dok senyap sambil tgk org..tak sangka lak...anyway Amanda sgt suka dgn kek barbie ni..:-)



Happy sgt jalan kat rumput..1st time pijak rumput...selama ni rumput pun tak pernah tgk..