Kengkawan..TQ Love..

Monday 10 December 2012

KMR nak di robohkan??

Semalam kitorang menghabiskan hujung minggu di area Serdang dan Bangi...tujuannya menemani en anif ke rumah teman lama untuk berbincang business..alang2 dah kesana kitorang masuk ke UPM, sambil tunjukkan anak2 di sinilah mummy dan daddy belajar...walaupun hujan agak lebat redah je la, bila lg nak datang sini...tempat pertama di tuju mesti la Kolej Mohamad Rashid, tempat aku dan hb tinggal apabila menjejak kaki ke UPM walaupun kitorang tak pernah pun bertemu/kenal di KMR ni..agaknya pernah terserempak tp tak perasan kot..huhu almaklumlah...tapi terkejut jugak tgk keadaan KMR cam tempat berhantu je dgn semak samun tak terjaga..pelik....kitorang pun teruskan perjalanan mengelilingi UPM sambil bersarang di kepala persoalan kenapa KMR xde orang??...

Hari ni terpanggil utk tanya pakcik google...ooo..rupanya dia dah nak di robohkan...sedihnya...inilah catatan yg di buat oleh malaysiakini.com pada 23 apr 2011..dah lama rupanya..


Tidak ramai yang tahu, tidak ramai yang ambil tahu apatah lagi berbuat sesuatu. Tidak heboh di media arus perdana, supaya masyarakat tak banyak soal. Namun, inilah realitinya nasib kolej yang pertama berdiri di Universiti Putra Malaysia (UPM).


Kolej Mohamad Rashid (KMR), usianya tidak setua usia penjara pudu, dinding dan lantainya masih kukuh berdiri. Hanya kerana masalah pendawaian (wiring), kos baikpulihnya didakwa terlalu besar, justeru KMR diisytihar tidak selamat.


Atas nama pembangunan, nasib kolej ini hampir sama seperti Penjara Pudu di kotaraya Kuala Lumpur. Penjara Pudu salah satu warisan bangunan lama berdiri di negara kita. 


Bezanya, Penjara Pudu tempat orang bersalah dan KMR tempat golongan terpelajar. KMR akan dirobohkan dan dibina bangunan baru berfungsi sebagai kompleks dan kolej.


KMR adalah warisan UPM. Pembinaannya di atas tapak estet Serdang oleh Macmillan and Company yang pada awalnya dikenali sebagai Kolej Kediaman Pertama.


Kolej inilah teratak sebahagian profesor dan doktor-doktor di UPM yang dahulunya sejak UPM dikenali sebagai sekolah pertanian. Antaranya ialah Dr. Haji Mohamad Rashid Ahmad (Cikgu Rashid), Tan Sri Dato' Dr. Nayan Ariffin, Tan Sri Ani Arope, Tan Sri Rashdan Baba, Prof. Dato' Dr. Ir. Mohd Zohardie Bardaie, Prof. Dr. Rahim Md. Sail, Prof. Madya Dato' Dr. Idris Abdol, Prof. Dr. Ghizan Salleh dan ramai lagi personaliti Kediaman Pertama pada ketika itu.


Sekilas pandang, projek ini memang memberi manfaat kepada UPM dan warganya. Itu tidak dinafikan. 


Namun, penulis mula musykil dengan ketelusan pentadbiran untuk laksanakan projek ini apabila wakil pelajar KMR meminta laporan rasmi kerosakan bagi membuktikan KMR tidak selamat, TNC HEPA dan Pejabat Pembangunan berdalih dan beralasan untuk serahkan, rupa-rupanya belum ada laporan kerosakan KMR dibuat. Ini berlaku kira-kira pertengahan Mac lalu.


Lebih menghairankan, ada wakil KMR mendakwa mereka pernah ditunjukkan cadangan rekabentuk kompleks baru yang akan didirikan. Namun, apabila mereka minta laporan rasmi kerosakan KMR, tidak diberi pula. 


Datangnya cadangan projek terlebih dahulu sebelum laporan rasmi kerosakan dikeluarkan. Ini petanda projek dilaksanakan tidak telus.


Oleh itu, penulis beranggapan KMR dirobohkan untuk membolehkan projek bernilai jutaan ringgit itu diteruskan. Persoalannya, mengapa di tapak KMR itu kompleks baru dibina? Sedangkan tanah umpama padang ragut di UPM masih luas.


Penulis tidak menolak pembangunan di UPM. Penulis hanya mahu luahkan rasa kecewa penulis terhadap pentadbiran universiti yang tidak telus dalam melangsungkan projek sebesar ini. Banyak lagi perkara yang disembunyikan pentadbiran dari pengetahuan awam. Belum lagi penulis sentuh tentang kesan-kesan projek ini dibuat.


Penulis mahukan ketelusan pentadbiran UPM dan tidak terlalu berdolak-dalih dengan pelajar sehingga timbulnya rasa kurang senang terhadap pentadbiran universiti penyelidikan ini. 


Alumni-alumni, pelajar-pelajar dan warga UPM, ingatlah KMR sebagai warisan UPM akan hilang. KMR akan roboh hanya kerana pembangunan yang dibuat dengan rasa dukacita dan kecewa pelajar serta mereka yang cintakan keadilan dan integriti. Kalau sudah roboh, menangislah air mata darah sekali pun, kompleks baru tetap tidak sama dengan KMR.


Pentadbiran gagal meyakinkan pelajar dan warga UPM. Penulis tetap beranggap bahawa KMR dirobohkan hanya untuk membolehkan projek baru dibuat demi kepentingan ekonomi. Bukannya kerana KMR tidak selamat lagi didiami. Bukankah tanah di UPM masih luas?   

KMR suatu ketika dulu

KMR kini

bus stand tempat lepak memalam sampai kul 2,3 pagi..mana nak cr u yg best cam ni...

No comments:

Post a Comment