Kengkawan..TQ Love..

Saturday 29 December 2012

Island bbq

Hari ni aku nak kongsi tempat makan yg best..ala-ala steamboat la...cam johny's tu tp yg ni malay dan murah..Island BBQ kat Kg Melayu Subang...dewasa rm21.90 dan kanak2 rm9.90 sekepala...ada 2 sessi,.5-8pm dan 8-11pm...makan la apa saja kita nak mkn sampai habis sessi tu...ada steamboat punya makanan yg boleh ambik sesuka hati, ayam, daging, fish ball, ketam ball dan apa2 ball la, sayur2...nasi lemak pun ada, kueteow...makan sampai buncit..
Kitorang pilih sessi 5-8pm...berbaloi gak..makan sampai puas..pastu rehat kejap, solat, tempat solat pun ada..pastu sambung makan lg..last, ada desert, ice-cream..masuk kul 5.30 kul 8 br keluar..worth-it dan sedap..



Saturday 22 December 2012

Gaduh dgn kakak

Bekas penampar kakak...haih..no comment..ni br handle 2 org anak, camna kalau 5??..huhu..

Tuesday 11 December 2012

Amanda

Dancing & singing lagu hi5
Dak kecik ni dah 10bln lebih...dah penat nak kejar sbb suka merayap sana sini..sgt suka tgk disney junior cam abg jugak..fav cite hi5 dan pocoyo..harap2 dah boleh ckp nanti speaking london cam abg jgk ye..
kyusuk tgk tv

tempat favorite
tgk tv lg
ada je bende nak main

Good Boy

Anak mummy yg xsuka kalah...apa kakak buat dia pun boleh..so pinggan pun nak basuh sendiri..bagus..botol susu pun basuh sendiri..next time mummy ajar buat susu sendiri k...

Monday 10 December 2012

KMR nak di robohkan??

Semalam kitorang menghabiskan hujung minggu di area Serdang dan Bangi...tujuannya menemani en anif ke rumah teman lama untuk berbincang business..alang2 dah kesana kitorang masuk ke UPM, sambil tunjukkan anak2 di sinilah mummy dan daddy belajar...walaupun hujan agak lebat redah je la, bila lg nak datang sini...tempat pertama di tuju mesti la Kolej Mohamad Rashid, tempat aku dan hb tinggal apabila menjejak kaki ke UPM walaupun kitorang tak pernah pun bertemu/kenal di KMR ni..agaknya pernah terserempak tp tak perasan kot..huhu almaklumlah...tapi terkejut jugak tgk keadaan KMR cam tempat berhantu je dgn semak samun tak terjaga..pelik....kitorang pun teruskan perjalanan mengelilingi UPM sambil bersarang di kepala persoalan kenapa KMR xde orang??...

Hari ni terpanggil utk tanya pakcik google...ooo..rupanya dia dah nak di robohkan...sedihnya...inilah catatan yg di buat oleh malaysiakini.com pada 23 apr 2011..dah lama rupanya..


Tidak ramai yang tahu, tidak ramai yang ambil tahu apatah lagi berbuat sesuatu. Tidak heboh di media arus perdana, supaya masyarakat tak banyak soal. Namun, inilah realitinya nasib kolej yang pertama berdiri di Universiti Putra Malaysia (UPM).


Kolej Mohamad Rashid (KMR), usianya tidak setua usia penjara pudu, dinding dan lantainya masih kukuh berdiri. Hanya kerana masalah pendawaian (wiring), kos baikpulihnya didakwa terlalu besar, justeru KMR diisytihar tidak selamat.


Atas nama pembangunan, nasib kolej ini hampir sama seperti Penjara Pudu di kotaraya Kuala Lumpur. Penjara Pudu salah satu warisan bangunan lama berdiri di negara kita. 


Bezanya, Penjara Pudu tempat orang bersalah dan KMR tempat golongan terpelajar. KMR akan dirobohkan dan dibina bangunan baru berfungsi sebagai kompleks dan kolej.


KMR adalah warisan UPM. Pembinaannya di atas tapak estet Serdang oleh Macmillan and Company yang pada awalnya dikenali sebagai Kolej Kediaman Pertama.


Kolej inilah teratak sebahagian profesor dan doktor-doktor di UPM yang dahulunya sejak UPM dikenali sebagai sekolah pertanian. Antaranya ialah Dr. Haji Mohamad Rashid Ahmad (Cikgu Rashid), Tan Sri Dato' Dr. Nayan Ariffin, Tan Sri Ani Arope, Tan Sri Rashdan Baba, Prof. Dato' Dr. Ir. Mohd Zohardie Bardaie, Prof. Dr. Rahim Md. Sail, Prof. Madya Dato' Dr. Idris Abdol, Prof. Dr. Ghizan Salleh dan ramai lagi personaliti Kediaman Pertama pada ketika itu.


Sekilas pandang, projek ini memang memberi manfaat kepada UPM dan warganya. Itu tidak dinafikan. 


Namun, penulis mula musykil dengan ketelusan pentadbiran untuk laksanakan projek ini apabila wakil pelajar KMR meminta laporan rasmi kerosakan bagi membuktikan KMR tidak selamat, TNC HEPA dan Pejabat Pembangunan berdalih dan beralasan untuk serahkan, rupa-rupanya belum ada laporan kerosakan KMR dibuat. Ini berlaku kira-kira pertengahan Mac lalu.


Lebih menghairankan, ada wakil KMR mendakwa mereka pernah ditunjukkan cadangan rekabentuk kompleks baru yang akan didirikan. Namun, apabila mereka minta laporan rasmi kerosakan KMR, tidak diberi pula. 


Datangnya cadangan projek terlebih dahulu sebelum laporan rasmi kerosakan dikeluarkan. Ini petanda projek dilaksanakan tidak telus.


Oleh itu, penulis beranggapan KMR dirobohkan untuk membolehkan projek bernilai jutaan ringgit itu diteruskan. Persoalannya, mengapa di tapak KMR itu kompleks baru dibina? Sedangkan tanah umpama padang ragut di UPM masih luas.


Penulis tidak menolak pembangunan di UPM. Penulis hanya mahu luahkan rasa kecewa penulis terhadap pentadbiran universiti yang tidak telus dalam melangsungkan projek sebesar ini. Banyak lagi perkara yang disembunyikan pentadbiran dari pengetahuan awam. Belum lagi penulis sentuh tentang kesan-kesan projek ini dibuat.


Penulis mahukan ketelusan pentadbiran UPM dan tidak terlalu berdolak-dalih dengan pelajar sehingga timbulnya rasa kurang senang terhadap pentadbiran universiti penyelidikan ini. 


Alumni-alumni, pelajar-pelajar dan warga UPM, ingatlah KMR sebagai warisan UPM akan hilang. KMR akan roboh hanya kerana pembangunan yang dibuat dengan rasa dukacita dan kecewa pelajar serta mereka yang cintakan keadilan dan integriti. Kalau sudah roboh, menangislah air mata darah sekali pun, kompleks baru tetap tidak sama dengan KMR.


Pentadbiran gagal meyakinkan pelajar dan warga UPM. Penulis tetap beranggap bahawa KMR dirobohkan hanya untuk membolehkan projek baru dibuat demi kepentingan ekonomi. Bukannya kerana KMR tidak selamat lagi didiami. Bukankah tanah di UPM masih luas?   

KMR suatu ketika dulu

KMR kini

bus stand tempat lepak memalam sampai kul 2,3 pagi..mana nak cr u yg best cam ni...

Friday 7 December 2012

Pemakanan pengaruh sifat anak

Tadi terbaca status my sil....
Antara kesilapan ibu bapa dalam mendidik anak oleh oleh ustaz hanafiah b abdul malik...
Pemakanan Pengaruhi Sifat Anak
1. Terlalu byk mkn nasi atau karbohidrat lain - anak mudah ngantuk, jd malas dan taknak belajar, cepat marah.
2. Minum air bikarbonat dan makan gula2 - terlalu byk kandungan gula
Gula yg terlalu byk akan menyebabkan anak bersifat sensitif dan tidak boleh ditegur, kelak akan bersifat pendendam...
Good info..

Thursday 6 December 2012

Baby porridge

Kali ni bubur Amanda ku letak bayam..biasanya asyik sawi je..so the resepi is..

2cawan beras ( terlupa lak beras perang dia dah habis)
Seketul dada ayam
Daun bayam
Sedikit minyak zaitun

Cam biasa la masak bubur, campak je semua lam periuk kecuali sayur, kemudian tambah air dan masak hingga lembik, xperlu jd bubur sgt pun sbb nak blend..dah hampir masak masukkan sayur, biar seketika dan tutup api..pastu biarkan sejuk dan blend...tadaaaa dah siap, masukkan lam ape2 bekas utk di simpan lam freezer...stok ni utk lebih kurang 5,6 hr camtu..

Kueteow Goreng

Hari ni sedang berblogwalking terjumpa lak resepi kueteow goreng ni..so tghr ni decide to masak kueteow je la..1st time ni..bihun goreng pun br je lulus last week..lulus @ 1st time masak ok setelah bertahun tgk my mr chef masak..sejak jd sahm ni mr chef dah cam nak cuci tgn je masuk dapur so kena la ku ambk alih..so aku nak tempek gak resepi kat sini mengikut ape yg ada kat dapurku..

Resepi Kueteow Goreng

2 peket kueteow
10 ulas bwg putih
1 labu bwg besar
Sedikit cili serbuk
Isi ayam
2 sudu bsr sos tomato
1 sudu bsr sos tiram
Kicap
Daun kucai
Limau nipis
2 biji telur

Cara2:
Tumis bwg dan cili hingga naik minyak, masukkan sos tomato dan sos tiram, kacau dan masukkan isi ayam.
Masukkan air dan garam ikut citarasa, pecahkan 2 biji telur, masukkan kicap, kacau sebentar masukkan daun kucai.
Masukkan pula kueteow dan kacau sebati, tambah kicap, taburkan sedikit gula dan perah sedikit limau nipis, kacau rata dan angkat..masukkan dlm pinggan dan boleh ngap.

Multivitamin Shaklee

Yeyy dah sampai pun vitalea yg di tunggu..lambat lak posmen sampai rini...thanks imatul ibrahim..ada pamplete utk collagen powder sekali tu bikin gua kepingin pulak nak beli..ok next time aku jd ejen lak ok...ni pun dah 10 bln guna shaklee dah leh bg testi ni...:-)

Breakfast

Dah lama tak berbreakfast camni sejak jd sahm ni..dan ni jgk menu baru kakak jual nasi lemak yg famous tu..byk lg menu br yg ku tak tau..jom makan..sesapa teringin meh la shopping breakfast kat damansara damai...ada pulut kelapa ikan kering, akok, laksam, nasi berlauk, mee, kuih muih segala jenis, satay dan mcm2 lg..bg komisen ye kak tolong promote ni..kekeke

Tuesday 4 December 2012

Hari yg busy lg..

Hari ni tersangat la padat scheduleku..ppagi seawal kul 6 dah masukkan baju lam mesin..mesinku yg xleh pusing tu..means dah kena bawak baiki atau beli baru jek..huhu...terpaksa basuh secara manual..tu yg bercinta gak nak membasuh dgn cuaca yg xmentu...sib baik leh spin...so hr ni la operasi besar2an sementara matahari still ada lg ni..

Baju Amanda yg dah 2 minggu tak basuh

2 bakul besar utk 5 hr punya baju..huhu..bayangkan nak menyidai dan melipatnya
after membasuh baju operasi membasuh toilet lak..pepagi jgk cam biasa rutinku awal2 kena masak utk putera puteri tu..dan hr ni jgk en suami blk mkn sbb aku nak pakai kete petg..nguruskan hal mncari comm for oath utk sign surat sil..last minit dpt gak pujuk mr chin kat tmn tun tu..mcm2 kugoreng..dah 4thn aku xjumpa dia mana dia ingt aku lg..dah puas ku mengayukan diri dan buat muka kesian..sign jgk dia dgn tgn yg agak menggeletar..huh...kul 3.30 br settle..anak2 dah lapar blk..fuhh gi cr kepok dan terus menuju msu..jln lak jem dgn hujan lebat..sib baik amanda ok je lam kete..todays job settle at 6.30pm...tp bertolak dr shah alam at this time dgn hujan lebat bukanla sesuatu yg menyeronokkan...camnapun redah je la..kul 9 sampai rumah..sib baik ada psr mlm so xyah msk..dah semput pun nak msk..hr ni layan citer mimpi cinderella gara2 minah sedong tu cuai sgt xjaga duit dia yg melambak tu..geramnya tgk baik tukar channel..kul 10 mesti layan adam dan hawa...after that layan amanda tido sambil main game..esok leh tido sepuasnya...weeee. .

Lapar..di tengah jln yg jem

Lapar lg..

Dah kenyang..mode..happy...tayang 2 batang gigi..1.5 sebenarnya..yg 1 lg tu br je nampak sikit...dah pandai layan camera

Sunday 2 December 2012

Jenjalan makan & shopping di hujung minggu

Hujung minggu biasanya hari yg paling sibuk utk kitorg sefamily...ada je program setiap minggu...this week awal2 pepagi sabtu kena hantar SIL ke hentian pudu utk dia ke rumah another SIL atas sebab2 urgent matter dia sendiri la...seawal kul 6 pg dah siap2 diri sendiri dan anak2..kul 8.30 br la complete semua dan leh bergerak...fuhh...ramai tentera camni la...

Entah kenapa lak hentian pudu full parking pepagi buta ni walaupun KL agak lengang..seawal kul 9 pg dah penuh parkingnya...menyusahkan betul nak keluar dan pusing blk..sib baik xbyk kete means tak jem ..anyway dpt gak tiket dan my sil bertolak kul 9.30..sian tak sempat breakfast pun..ingtkan bas kul 11 ke sempat gi kg baru jap bf...so ape lg kitorg je la menuju ke Kg Baru utk breakfast...anak2 pun dah lapar...

lupa lak nak ambik gambar masa makan..gambar pintu gerbang pun jd la..kalau dah giler bergambar
After breakfast actually planning nak ke OU sbb en. suami nak beli bj untuk wedding dinner malam ahad tp bila dah sampai KL terfikir lak why not singgah Sogo yg dah bertahun tak pegi tu...so sampai Sogo kul 10.30 parking pun dah full..dpt B3 je...rupanya cam biasa la..sale gegila punya gila..sabar2..xde kepentingan pun utkku shopping sakan..huhu...surirumah je pun...apepun terpaksa gak ku grab tshirt polo yg sale gegila gak 70%...wajib beli doh...walaupun selai..actually dia ada buat sale gegila utk brg branded terutama polo dgn besar2an kat tingkat 7...nak gak kitorg pegi tp kena naik lif yg org cam tak habis2 tu..xdapek la kitorg mengecilkan diri sikitpun sbb stroller xleh nak kecikkan diri...so aku grab yg kat bwh je la...lgpun nak beli selai je pun..camnapun like2222...en suami cam biasa la..after dpt baju dinner rembat lak kasut badminton...utk Qisti kubelikan sandal vincci...saiz 5 dah dia..huhu..jgn la cepat sgt membesar..uk zarel xde ape2...jeles sekejap dia..sian.

Dah penat tunggu daddy fitting baju
Ahad lak bangun awal nak gi kenduri...sib baik kat dewan so xde la berpanas2 dan dekat je pun...kul 12.30 kitorg dah sampai tempat kenduri..kat Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid..makanan best2 tempat pun cantik...




Nak blk posing dulu
Si comelku